Description
Merata cari resepi ayam buttermilk, akhirnya yang ni memang menjadi terasa lemak berkrim. Bahan wajib ada semestinya daun kari, susu segar. Confirm nak lagi
Ingredients
Scale
Bahan2 Ayam Goreng:
- 2 Ketul Dada ayam (Bahagian daging potong dadu)
- 1 sudu besar Kari daging
- 1 cubit Garam (| boleh ganti serbuk perasa kiub ayam)
- 1 sudu besar Gula secukupnya (| boleh ganti serbuk perasa kiub ayam)
- 2 sudu besar Tepung Gandum
- 2 sudu besar Tepung jagung
Bahan Kuah Buttermilk Ayam
- 2 Tangkai Daun kari
- 4 Sb Butter
- 1/2 biji bawang holand (| potong dadu kecik, tak nak letak pun takpa)
- 3 biji bawang putih (| cincang halus)
- 10 tangkai cili padi (| potong kecil)
- Susu segar (| secukupnya)
Instructions
Cara Masak Ayam Buttermilk
- Campurkan bahan goreng ayam (tepung, kari daging, garam gula). Gaul rata. Kemudian bedakkan ayam kat campuran tepung tadi.
- Untuk gula garam, kuantiti ikut pada citarasa. Nak lagi mudah, letak terus serbuk perasa. Tak perlu garam gula dah.
- Kalau takda sebarang allergy telur, boleh gaul dulu ayam dengan telur, kemudian bedakkan dengan tepung. (disebabkan Aali ada allergy telur, Dya tak letak telur dalam masakan). Hasilnya sama sahaja.
- Panaskan minyak kemudian boleh goreng ayam hingga warna keemasan
- Ketepikan ayam tadi
- Kemudian, masukkan butter dalam kuali
- Tumis bawang putih, bawang holand, dan daun kari hingga naik bau. Takda bawang holand, boleh je guna bawang putih sahaja. Rasa tetap sama.
- Masukkan susu segar ataupun boleh ganti guna susu cair ke dalam tumisan tadi.
- Dya suka susu segar sebab rasa lebih sedap dan berlemak. Dya jarang guna bahan masakan seperti susu cair atau santan sebab anak allergy dengan bahan tu.
- Gaul rata. Pastikan api sederhana ya.
- Perasakan dengan garam gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat sikit.
- Last sekali baru taburkan cili. Gaul sekejap.
- Boleh angkat untuk dihidang.
- Prep Time: 15 minutes
- Cook Time: 30 minutes
- Category: Main Course
- Cuisine: Mediterranean