Resepi Simple Ayam Buttermilk Susu Segar Lebih Enak

Dya mula minat dengan masakan ayam buttermilk susu segar ni sejak duduk di Sabah 5 tahun dulu.

ayam buttermilk sedap

Kat semenanjung jarang jumpa kedai masak ayam buttermilk sedap dan slurp nak tambah lagi.

Serius susah. Kalau ada pun buttermilk semenanjung memang kurang rasa dia. Ceroi.

Hanya kat Sabah je yang rasa buttermilk sedap gila-gila.

Resepi Enak Ayam Buttermilk Susu Segar

Dulu, lepas tau cara masak, Dya rajin jugak masak kat rumah.

Hasilnya ayam rasa butterry, creamy, manis, masin lengkap sempurna.

Jadi, cubalah resepi kat bawah ni. InsyaAllah asyik bertambah je nanti. Hehe.

Bahan-bahan Untuk goreng ayam:

  • 2 ketul ayam bahagian daging | potong dadu
  • 1 sudu besar Kari daging
  • 2 sudu Tepung jagung
  • 2 sudu Tepung gandum
  • Secubit Garam
  • gula secukupnya | boleh ganti guna serbuk perasa ayam

Bahan Kuah Buttermilk:

  • Susu segar | boleh guna susu cair juga
  • Daun kari | kuantiti ikut suka
  • 10 tangkai cili padi | potong kecil, kuantiti ikut suka
  • 3 biji bawang putih | cincang halus
  • 4 sudu besar mentega
  • 1/2 biji bawang holland | cincang dadu halus. taknak letak pun takpa

Cara Masak Ayam Buttermilk Sedap Enak:

bahan ayam dan kuah butter
  1. Campurkan bahan goreng ayam (tepung, kari daging, garam gula). Gaul rata. Kemudian bedakkan ayam kat campuran tepung tadi.

    Untuk gula garam, kuantiti ikut pada citarasa. Nak lagi mudah, letak terus serbuk perasa. Tak perlu garam gula dah.

  2. Kuantiti tepung buat nisbah 2:1 (tepung gandum:tepung beras) Campurkan bahan goreng ayam (tepung, kari daging, garam gula). Gaul rata. Kemudian bedakkan ayam kat campuran tepung tadi.

    Untuk gula garam, kuantiti ikut pada citarasa. Nak lagi mudah, letak terus serbuk perasa. Tak perlu garam gula dah.

  3. Kalau takda sebarang allergy telur, boleh gaul dulu ayam dengan telur, kemudian bedakkan dengan tepung. (disebabkan Aali ada allergy telur, Dya tak letak telur dalam masakan). Hasilnya sama sahaja.
goreng ayam buttermilk

4. Panaskan minyak kemudian boleh goreng ayam hingga warna keemasan. Ketepikan ayam tadi

bahan tumis

5. Kemudian, masukkan butter dalam kuali.

6. Tumis bawang putih, daun kari hingga naik bau. Kalau guna bawang holand, tumiskan sekali.

Dalam resepi ni, bawang holand habis pulak kat rumah. Guna bawang putih je pun dah cukup. Rasa dia sama sahaja. Hehe.

ayam buttermilk siap!

7. Kemudian, masukkan susu segar ataupun boleh ganti guna susu cair ke dalam tumisan tadi.

Dya suka susu segar sebab rasa lebih sedap dan berlemak. Dya jarang guna bahan masakan seperti susu cair atau santan sebab anak allergy dengan bahan tu.

8. Gaul rata. Pastikan api sederhana ya. Perasakan dengan garam gula secukupnya.

9. Masak hingga kuah pekat sikit.

10. Last sekali baru taburkan cili. Gaul sekejap.

11. Kemudian, Boleh angkat untuk dihidang.

Rasa ayam buttermilk ni lebih kepada rasa lemak dan manis berkrim dan wajib ada bau wangi daun kari dalam masakan.

Jadi, korang kena pandai adjust rasa masa masak kuah buttermilk. Confirm sedap gila!

Cuba Juga Resepi Ayam Masak Tempoyak Simple

Print Resepi kat bawah ni:

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
resepi sedap ayam buttermilk

Resepi Enak Ayam Buttermilk Susu Segar


  • Total Time: 45 minutes

Description

Merata cari resepi ayam buttermilk, akhirnya yang ni memang menjadi terasa lemak berkrim. Bahan wajib ada semestinya daun kari, susu segar. Confirm nak lagi


Ingredients

Scale

Bahan2 Ayam Goreng:

  • 2 Ketul Dada ayam (Bahagian daging potong dadu)
  • 1 sudu besar Kari daging
  • 1 cubit Garam (| boleh ganti serbuk perasa kiub ayam)
  • 1 sudu besar Gula secukupnya (| boleh ganti serbuk perasa kiub ayam)
  • 2 sudu besar Tepung Gandum
  • 2 sudu besar Tepung jagung

Bahan Kuah Buttermilk Ayam

  • 2 Tangkai Daun kari
  • 4 Sb Butter
  • 1/2 biji bawang holand (| potong dadu kecik, tak nak letak pun takpa)
  • 3 biji bawang putih (| cincang halus)
  • 10 tangkai cili padi (| potong kecil)
  • Susu segar (| secukupnya)

Instructions

Cara Masak Ayam Buttermilk

  1. Campurkan bahan goreng ayam (tepung, kari daging, garam gula). Gaul rata. Kemudian bedakkan ayam kat campuran tepung tadi.
  2. Untuk gula garam, kuantiti ikut pada citarasa. Nak lagi mudah, letak terus serbuk perasa. Tak perlu garam gula dah.
  3. Kalau takda sebarang allergy telur, boleh gaul dulu ayam dengan telur, kemudian bedakkan dengan tepung. (disebabkan Aali ada allergy telur, Dya tak letak telur dalam masakan). Hasilnya sama sahaja.
  4. Panaskan minyak kemudian boleh goreng ayam hingga warna keemasan
  5. Ketepikan ayam tadi
  6. Kemudian, masukkan butter dalam kuali
  7. Tumis bawang putih, bawang holand, dan daun kari hingga naik bau. Takda bawang holand, boleh je guna bawang putih sahaja. Rasa tetap sama.
  8. Masukkan susu segar ataupun boleh ganti guna susu cair ke dalam tumisan tadi.
  9. Dya suka susu segar sebab rasa lebih sedap dan berlemak. Dya jarang guna bahan masakan seperti susu cair atau santan sebab anak allergy dengan bahan tu.
  10. Gaul rata. Pastikan api sederhana ya.
  11. Perasakan dengan garam gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat sikit.
  12. Last sekali baru taburkan cili. Gaul sekejap.
  13. Boleh angkat untuk dihidang.
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 30 minutes
  • Category: Main Course
  • Cuisine: Mediterranean

Keywords: ayam butter tanpa susu cair, ayam buttermilk, resepi sedap ayam buttermilk

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi ayam buttermilk
  • ayam buttermilk tanpa susu cair
  • resepi ayam buttermilk simple sedap

Macam Best Resepi Sambal Belacan Stail Kelantan Ni

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star