Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
resepi sedap ayam buttermilk

Resepi Enak Ayam Buttermilk Susu Segar


  • Total Time: 45 minutes

Description

Merata cari resepi ayam buttermilk, akhirnya yang ni memang menjadi terasa lemak berkrim. Bahan wajib ada semestinya daun kari, susu segar. Confirm nak lagi


Ingredients

Scale

Bahan2 Ayam Goreng:

  • 2 Ketul Dada ayam (Bahagian daging potong dadu)
  • 1 sudu besar Kari daging
  • 1 cubit Garam (| boleh ganti serbuk perasa kiub ayam)
  • 1 sudu besar Gula secukupnya (| boleh ganti serbuk perasa kiub ayam)
  • 2 sudu besar Tepung Gandum
  • 2 sudu besar Tepung jagung

Bahan Kuah Buttermilk Ayam

  • 2 Tangkai Daun kari
  • 4 Sb Butter
  • 1/2 biji bawang holand (| potong dadu kecik, tak nak letak pun takpa)
  • 3 biji bawang putih (| cincang halus)
  • 10 tangkai cili padi (| potong kecil)
  • Susu segar (| secukupnya)

Instructions

Cara Masak Ayam Buttermilk

  1. Campurkan bahan goreng ayam (tepung, kari daging, garam gula). Gaul rata. Kemudian bedakkan ayam kat campuran tepung tadi.
  2. Untuk gula garam, kuantiti ikut pada citarasa. Nak lagi mudah, letak terus serbuk perasa. Tak perlu garam gula dah.
  3. Kalau takda sebarang allergy telur, boleh gaul dulu ayam dengan telur, kemudian bedakkan dengan tepung. (disebabkan Aali ada allergy telur, Dya tak letak telur dalam masakan). Hasilnya sama sahaja.
  4. Panaskan minyak kemudian boleh goreng ayam hingga warna keemasan
  5. Ketepikan ayam tadi
  6. Kemudian, masukkan butter dalam kuali
  7. Tumis bawang putih, bawang holand, dan daun kari hingga naik bau. Takda bawang holand, boleh je guna bawang putih sahaja. Rasa tetap sama.
  8. Masukkan susu segar ataupun boleh ganti guna susu cair ke dalam tumisan tadi.
  9. Dya suka susu segar sebab rasa lebih sedap dan berlemak. Dya jarang guna bahan masakan seperti susu cair atau santan sebab anak allergy dengan bahan tu.
  10. Gaul rata. Pastikan api sederhana ya.
  11. Perasakan dengan garam gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat sikit.
  12. Last sekali baru taburkan cili. Gaul sekejap.
  13. Boleh angkat untuk dihidang.
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 30 minutes
  • Category: Main Course
  • Cuisine: Mediterranean

Keywords: ayam butter tanpa susu cair, ayam buttermilk, resepi sedap ayam buttermilk