Resepi Solok Lada Nasi Kerabu Terengganu Paling Sedap

Sapa suka ni angkat tangan! Makan dengan nasi putih sedap, makan dengan nasi kerabu lg sedap!

Kalau cara mak saya dia suka guna ikan rebus. Ikut cara ibu mertua dia guna ikan mentah.
Rakan2 lain kalian buat mcm mana?

Ni saya sertakan resepi Solok Lada Nasi Kerabu:

Resepi Solok Lada Nasi Kerabu Terengganu Paling Sedap

Bahan buat solok lada nasi kerabu:

Lada hijau
Ikan selayang @ kembung @ lolong
10 biji lada hitam
2-3 ulas bawang merah
Sedikit halia
Kelapa parut ( agak2 lebih kurang sama banyak dengan isi ikan)
Santan untuk merebus solok lada.

Resepi Solok Lada Nasi Kerabu Terengganu Paling Sedap

Kredit gambar hazlina nadie

Cara-cara masak:

1. Perisikan ikan ( boleh guna ikan rebus @ ikan mentah) campur bersama kelapa parut
2. Belah memanjang lada dan buang biji
3. Tumbuk semua bahan bagi lumat dan perasakan dengan garam dan gula
4. Sumbat bahan inti ke dalam lada
5. Rebus @ kukus solok lada dengan sedikit santan. Siap.

6. Dah boleh makan dengan nasi kerabu!

Mudah rupanya nak masak solok lada. Biasanya kita akan jumpa solok lada ni kat peniaga yang jual nasi kerabu.

Solok lada ni penting untuk menambahkan lagi rasa pada nasi kerabu yang kita makan.

Resepi ini sudahpun dikreditkan kepada pemilik asal di kolum penulis di atas.

Baca Juga Cara Masak Maggi Goreng Asam Laksa Paling Sedap

 

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi solok lada terengganu
  • cara buat solok lada
  • resepi solok lada kelantan sedap
  • solok ikan



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment