Resepi Nasi Dagang Keto Cara Sihat, Simple Sedap

Rupanya ada nasi dagang versi sihat untuk yang tengah diet keto ni. Hehe.

Dya baru nak cuba belajar masakan keto lepas buat medical checkup haritu.

Ada sedikit masalah pada buah pinggang. Sebenarnya, masalah buah pinggang ni mula masa masih berpantang selepas bersalin 3 tahun lepas.

Waktu tu, rasa sakit mencucuk kat pinggang kanan. Sakit yang sampai Dya tak boleh bergerak langsung. Nak baring pun tak boleh.

Tapi, masa tu Dya fikir mungkin peranakan jatuh ke apa. Jadi, hanya berurut je lah.

Kemudian, ada waktu lain pun sakit jugak di kawasan yang sama.

Dya ke klinik swasta untuk cek ultrasound. Doktor cuma cakap ada bengkak pada rahim.

Masa tu tak terfikir langsung pasal buah pinggang.

Selepas 3 tahun, terfikir untuk buat medical checkup.

Bila dapat result. Terkejut ada masalah buah pinggang, walaupun takda kencing manis mahupun darah tinggi.

Puncanya tak dapat dikenal pasti. Adakah daripada pemakanan semasa mengandung, atau suntikan bius semasa proses kelahiran, atau ubatan yang dibekalkan masa pregnant?

Entahla, saya pun tak pasti dari mana.

Cuma yang pasti, saya jarang minum air masak. Jadi, mungkin itu penyebab utama.

Jadi, untuk reverse balik keadaan buah pinggang ni, saya ubah pemakanan secara total.

Dan buat diet keto serta intermitten fasting. Mudah je sebenarnya.

Puasa daripada makan selama 16 jam. Kemudian, makan waktu lunch dan dinner sahaja.

Setakat ni berat turun 2kg dah. Hehe.

Jomlah kita makan nasi dagang versi sihat. Sedap rupanya!

Bahan Nasi Dagang:

  • 1 paket nasi konjac
  • 1 sk halba
  • 2sb santan
  • 2 inci halia | dihiris
  • 1 biji bawang kecil | dihiris
  • Hujung sudu xanthan gum

Masukkan semua bahan dalam periuk. Kemudian masak sehingga santan kering

Bahan Kari Nasi Dagang:

  • Asam keping secukupnya
  • Daun kari secukupnya
  • Cili api secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Ikan tenggiri | dipotong ikut ketebalan suka
  • 1 biji bawang kecil | Hiris
  • 2 ulas bawang putih | Hiris
  • 1 inci halia | dihiris
  • 1 sb cili kisar
  • 3 sb santan
  • 1 sb rempah kari ikan

Cara Buat Kari Tenggiri

  1. Gaul kering ikan tenggiri bersama asam keping dan garam secukupnya. Ketepikan
  2. Tumis bawang kecil, halia,bawang putih sampai naik bau
  3. Kemudian masukkan cili kisar, daun kari, cili api dan rempah kari ikan.
  4. Gaul rata sehingga rempah pecah minyak
  5. Masukkan air, ikan dan santan
  6. Masukkan garam secukupnya

Bahan Acar Timun

  • Lada merah | dihiris
  • Sengkuang | dihiris
  • Bawang besar | dihiris
  • Timun | dihiris

Gaul kesemua bahan dengan garam, stevia dan cuka secukupnya

Mudah gila rupanya nak buat nasi dagang versi sihat.

Nasi konjac rasa dia kenyal-kenyal dan lebih sedap berbanding nasi berasaskan beras.

Teringat masa travel ke Vietnam dulu. Kat sana rupanya guna konjac untuk dijadikan inti karipap dan bahan tambahan dalam sup vietnam.

Sedapnya!

Jom cuba masak Tart Nenas Gluten Free

CARIAN BERKAITAN:

  • Recipe nasi dagang
  • Nasi dagang simple
  • Resepi nasi dagang sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment