Resepi Nasi Ayam Penyet Sambal Asli Dari Indonesia Sedap Gila

Dya pernah je buat nasi ayam penyet ambik resepi dari google. Cuma kalini, kita import khas resepi asli dari Indonesia.

Iklan

Rasa sambal penyet tu. Peh! Memang sedap gila-gila!

Cara nak buat pun mudah sangat. Jom kita start.

Cara Masak Sambal Ayam Penyet Asli Indonesia

cara masak ayam penyet
Rupa sambal ayam penyet sebelum dibakar

Bahan-Bahan Ayam Penyet:

  • 2 ketul ayam | bahagian peha besar macam dalam gambar
  • 1 biji bawang merah | saiz besar
  • 2 batang cili merah | potong 2
  • 1 genggam cili padi | boleh kurangkan ikut citarasa
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun limau purut

Cara Masak Sambal Ayam:

  1. Kisar semua bahan di atas tanpa air. Kalau macam blender tak boleh pergi (tak boleh kisar), tambahkan sedikit je air. Taknak air banyak sangat supaya jus bahan tak hilang
  2. Dalam resepi ni, Dya guna blende khas yang boleh kisar bahan tanpa air.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Kuantiti agak-agak je. Minyak jangan terlampau banyak sebab nanti masakan serap minyak dan tak terasa. Kuantiti minyak dalam 1 senduk kecik cukup dah.
  4. Tumis bahan kisar tadi sampai naik bau dan pecah minyak.
  5. Kemudian Masukkan sedikit air dalam 1/2 cawan.
  6. Masukkan juga garam, gula perasa secukupnya. Serta daun limau purut.
  7. Masak gaul rata seketika sambai mendidih.
  8. Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal. Gaul rata.
  9. Masak hingga kuah tu pekat sedikit & ayam masak (rujuk gambar di atas)
  10. Angkat letak tepi dahulu

Bakar Ayam Atas Daun Pisang

Haa teknik ni sebenarnya Dya pun tak terfikir. Grill ayam atas daun pisang! Haha.

sambal ayam penyet
bakar ayam stail moden. ehehe
nasi ayam penyet
tutup dengan daun pisang dan tutup jugak kuali

Resepi ni Dya belajar dari kawan Indonesia. Jom start.

Cara Grill Ayam Guna Daun Pisang:

  1. Guna kuali non stick, alas kuali dengan daun pisang
  2. Kemudian letak ayam yang dah dimasak tadi. Letak sekali dengan sambal semuanya.
  3. Tutup semula dengan daun pisang, tutup juga kuali tu.
  4. Masak sehingga bahagian bawah tu kering, kemudian terbalikkan ayam dan tutup semula dengan daun pisang dan penutup kuali
  5. Bila sambal dah kering, boleh angkat untuk dihidang

Ok, sekarang kita buat sambal pulak.

Bahan-bahan Sambal:

  • 5 batang cili merah | patahkan **
  • 4-5 biji bawang putih **
  • 1 biji bawang merah | saiz sederhana **
  • 1 genggam cili padi **
  • 1 biji tomato | belah 6
  • Garam gula secukup rasa
  • 2 sb santan

Cara Masak Sambal Penyet:

  1. Kisar kesemua bahan bertanda ** di atas
  2. Panaskan minyak di dalam kuali
  3. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Gaul rata
  4. Kemudian, masukkan tomato. Gaul rata.
  5. Masukkan garam, gula secukup rasa.
  6. Masukkan sekali santan ke dalam tumisan sambal.
  7. Masak sehingga sambal terbit minyak
  8. Siap!

Boleh hidang dengan tempe goreng, ulaman seperti kobis goreng, kacang panjang, timun.

ayam penyet sedap
nasi ayam penyet indonesia

Nasi tu nampak berbutir sebab Dya guna beras parboil. Memang susah nak lembut sebab takda kanji dalam nasi.

Yang penting sambal penyet dan ayam grill tu sedap gila!

Selamat berbuka dan mencuba!

Besok masak Resepi Ayam Masak Halia Pulak

CARIAN BERKAITAN:

  • Nasi ayam penyet wong solo
  • resepi sambal nasi penyet
  • Ayam penyet asli indonesia

Print resepi di bawah:

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment