Resepi Buah Rambutan Asam Boi Pedas Masam Manis

Tiba-tiba terasa nak cuba buat resepi rambutan asam boi. Ada rasa pedas, masam dan manis. Slurppp!

Kat kampung sekarang kan tengah musim buah rambutan. Jadi, sana sini penuh pokok dengan buah gemuk-gemuk. Geram je tengok. Haih.

Dya tak pernah lagi buat resepi ni.

Sebab biasanya kita kokak je rambutan, makan macamtu saja.

Scroll socmed, boleh pulak keluar gambar rambutan asam boi.

Lidah dah terliur je bila tengok gambar. Haha!

Tu yang tahun ni nak cuba resepi rambutan ni, walaupun terasa sangat pelik. Hehe.

Yela, kita dah biasa makan rambutan yang sedia manis dan sedap.

Tapi, ramai orang inovasikan jadi menu yang ada rasa pedas, masam manis.

Lepas buat, rasanya sedap. Cumanya ikut selera saya, lebih suka makan buah macamtu saja. Tanpa diubah suai.

Apapun, yelah selera orang kan lain-lain. Kan? Hehe.

Kot korang teringin nak mencuba makanan baru. Bolehla buat kat rumah resepi asamboi rambutan ni.

Bahan-bahan Rambutan Asam Boi

  • Rambutan
  • Asam boi putih
  • Cili padi [hiris bulat]
  • Madu [secukup rasa]
  • Limau [belah 2, optional]

Cara Buat

  1. Kupas rambutan macam biasa, ambil isinya sahaja.
  2. Kemudian campurkan dengan madu, asam boi dan cili padi hiris. Dalam resepi ni saya tak letak limau sebab asam boi kan da masam.
  3. Gaul rata, simpan peti ais.
  4. Bila dah sejuk, keluarkan dan ngap!

Tips:

Untuk peminat rasa masam, korang boleh tambah perahan limau sekali.

Rasa menu ni akan ada rasa masin, manis, masam. Asam boi tu tak perlu letak banyak pun. Sebab dia ada rasa masin sikit.

Terpulang pada selera korang nak macamana. Hehe.

Dalam resepi ni Dya tak letak gula tau. Dya guna madu tualang sebab khasiatnya lebih banyak.

Yela, rambutan kan dah manis, takkan kita nak tambah lagi gula putih.

Makin naik cepat la kadar serapan gula dalam darah korang nanti. Hehe.

Letak madu pun ok apa. Manis jugak! Hihihi.

Kat bawah ni gigih buat video tiktok sesambil siapkan resepi rambutan ni.:

CARIAN BERKAITAN:

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment