Resepi Cendawan Masak Sos Tiram Simple Mudah

Santai petang, buatkan mak Dya cendawan masak sos tiram. Simple dan cepat nak siap.

cendawan masak sos tiram
cendawan peas sos tiram

Tak tau lah ni cendawan jenis apa. Hantam saja masak, lepastu ngap masuk mulut. Hehe.

Untuk resepi ni bahan yang Dya guna pun sikit je.

Bahan Cendawan Tiram:

  • 1 genggam Kacang peas
  • 1 genggam cendawan
  • 2 sb sos tiram
  • 5-10 tangkai cili | diketuk
  • 1 biji bawang kecil | ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih | diketuk
  • Garam secukupnya

Cara Simple Masak

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang, bawang putih dan cili hingga naik bau
  3. Masukkan kacang peas, cendawan dan sos tiram. Gaul rata
  4. Kemudian masukkan sedikit air
  5. Kalau nak kuah pekat tunggu sekejap atau campurkan 1sk tepung jagung dalam masakan
  6. Bila sayur dah masak, tutup api dan perasakan masakan dengan garam secukupnya

Senang sangat nak masak sayur simple macamni. Budak kecik pun pandai buat. Hehe.

Lepasni jom masak Jem Rambutan pulak. Hehe.

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi cendawan masak sos tiram
  • Sayur masak simple
  • Resepi sayur mudah

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment