Cara Masak Nasi Ayam Yang Mudah Dan Sos Sedap

Bila teringat nasi ayam kat Kedai Makan Selera Kpg Kak Mai, tetiba macam rajin pulak nak masak nasi ayam kalini.

Lama gila rasanya tak masak nasi ayam.  Seingat saya kali terakhir buat masa duduk kat Sabah tahun 2014 dulu. Haha!

Gila lama weh tak buat nasi ayam.

cara masak kuah sos nasi ayam sedap

Nak masak nasi ayam ni ada banyak cara untuk buat kuah kicap & kuah sos dia. Resepi yang saya share ni lain sikit.

Sebab resepi yang ni saya guna kicap manis je.  Terlupa nak beli sos tiram. Hehe. Next time saya share resepi nasi ayam yang guna sos tiram okay?

Takda sos tiram pun sedap jugak. Cuma kurang lemak macam sos tiram.

Cara Masak Nasi Ayam Yang Mudah Dan Sos Sedap

Bahan masak nasi ayam:

1 biji bawang besar (ditumbuk)

2 biji bawang putih (ditumbuk)

1 pot beras

1 bungkus Rempah sup soto (ada kayu manis, bunga lawang, cengkih, sup bunjut, biji pegaga)

4-5 ketul ayam (Diperap dengan kicap manis)

1 biji tomato (belah 2)

5 tangkai cili besar merah (dikisar bersama tomato)

Daun sup daun bawang (untuk hiasan)

Daun salad (untuk hiasa)

Timun & tomato (dihiris untuk hiasan)

Cara masak nasi ayam best:

  1. Masukkan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang besar, bawang putih, rempah sup soto hingga naik bau.
  2. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan ayam juga. Sukatan air saya letak 3/4 dari paras periuk tu sebab akan masukkan sedikit air rebusan ayam ke dalam nasi nanti
  3. Letak secubit garam ke dalam sup ayam tadi. Tunggu hingga ayam masak.
  4. Masukkan juga daun bawang, daun sup untuk harumkan bau sup ayam
  5. Kemudian masukkan sebahagian air rebusan ayam ke dalam nasi. Sukat sendiri. Tujuan supaya nasi bau sedap & rasa lebih lazat
  6. Untuk sos nasi ayam, kisar cili besar (merah) dan sebiji bawang putih serta sebiji tomato bersama air. Kisar halus
  7. Masukkan minyak ke dalam kuali, tumis bahan kisar tu. Tunggu kering sikit, masukkan pula air, sos, garam, gula secukup rasa. Masak sampai sambal masak dengan sempurna
  8. Ayam rebusan yang direbus pula, keluarkan kemudian gaulkan bersama kicap manis.
  9. Goreng ayam yang dah dicampur kicap tadi. Goreng sekejap saja.
  10. Keluarkan ayam, tos dan hidangkan bersama nasi, sup serta sos nasi ayam

Resepi ni cukup untuk 2 orang makan. Kalau nak makan untuk ramai orang, tambah je kuantiti bahan masing-masing. Selamat memasak!

Baca Juga Resepi Ayam Goreng Sambal Lada Hijau

CARIAN BERKAITAN

  • cara masak nasi ayam sedap dan mudah
  • resepi nasi ayam simple
  • cara buat sambal nasi ayam



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

2 Comments

  1. iluminasi April 4, 2018
  2. Dayana April 13, 2018

Add Comment