Resepi Paling Simple Ikan Masak Siakap Tiga Rasa

Hari kedua berpuasa, Dya teringin nak masak ikan siakap tiga rasa. Menu ni resepi dari mama jugak. Hehe.

Semalam masak udang masak merah, harini siakap tiga rasa pulak.

Sebenarnya kedua resepi ni guna bahan yang sama je. Cumanya untuk menu siakap tiga rasa ada tambahan bahan macam nenas, bawang, timun.

Dan cara masak mama macam biasalah. Simple dan sedap gila!

Resepi Paling Simple Ikan Masak Siakap Tiga Rasa

Resepi Paling Simple Ikan Masak Siakap Tiga Rasa

Bahan-Bahan Simple Masak Siakap 3 Rasa:

1 ekor ikan siakap

1 Biji bawang besar (dikisar halus)

3 Biji bawang putih (dikisar halus)

10-15 tangkai cili kering (direbus dan dikisar halus)

Cili merah/hijau (dipotong dadu)

Nenas saiz kecil (dipotong dadu)

Sebiji timun (dipotong dadu)

1 Biji bawang besar (dipotong dadu)

Garam dan gula secukup rasa

Sos tomato secukup rasa

Sos cili secukup rasa

Cara Mudah Masak Ikan Siakap Tiga Rasa:

  1. Rebus cili kering,  kemudian tos & blend dengan air. Kisar halus sekali dengan bawang besar dan bawang putih sampai jadi pes cili
  2. Ikan siakap gaul rata dengan kunyit dan sedikit garam. Kemudian goreng dan asingkan dalam pinggan
  3. Masukkan minyak dalam kuali.
  4. Tumis pes cili tadi hingga cukup matang. Kemudian masukkan sedikit air,  garam,  gula,  sos cili dan sos tomato secukup rasa
  5. Gaul rata hingga kuah kering sikit je. Jangan kering sangat
  6. Masukkan pula timun,  nenas dan bawang besar yang dah dipotong dadu. Gaul rata
  7. Tuang kuah sambal tiga rasa tu atas ikan yang dah digoreng tadi
  8. Siap dan sedia untuk dihidang

Senang je kan? Hehe. Cukup tiga rasa manis nenas, masam sos tomato, masin garam. Sekatakan lah rasa tu.

Dah boleh berbuka jap lagi dengan nasi putih panas. Sedapnyaa.

Lepasni Jom Cuba Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap untuk sahur nanti.

CARIAN BERKAITAN

  • Resepi simple ikan siakap 3 rasa
  • Cara masak siakap tiga rasa sedap
  • Resepi berbuka puasa 2018
  • Berbuka puasa lauk ikan

 



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment