Resepi Ayam Goreng Masak Sambal Berlada Hijau

Masakan yang guna sambal cili hijau ni biasanya saya akan matchkan samada dengan ikan bilis ataupun ayam.

ayam goreng sambal hijau

Resepi ni memang masakan asli dari family Johor saya. Masa awal kahwin dulu, keluarga mertua suka gila masakan ikan bilis sambal hijau yang saya buat.

Mungkin di Selangor sambal bilis hijau bukan menu tradisi di sana. Saya rasalah. Hehe.

Sebab lauk ni jarang nampak kat sana. Macam kalau kat negeri sembilan terkenal dengan masak lemak, kelantan terkenal nasi kerabu, dan lain-lain.

Johor pula terkenal dengan masakan pedas antaranya sambal hijau ni.

Tapi kalini saya nak share resepi ayam masak sambal hijau pedas gila. Sambal ni pedas gila & boleh tahan lama.

Resepi Ayam Goreng Masak Sambal Berlada Hijau

Bahan masak:

1 biji bawang besar (dikisar)

2 biji bawang putih (dikisar)

20 tangkai cili padi (dikisar)

1 biji kentang (dihiris bulat)

1 biji bawang besar (dihiris bulat)

4 – 5 ketul ayam  (digoreng separuh masak)

1 Sb gula

Secubit garam

1 sb air asam jawa

Cara masak ayam goreng sambal hijau:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili bersama sedikit air
  2. Goreng ayam separuh masak. Kalau suka ayam yang garing sikit, boleh goreng sampai ayam dah cukup masak.
  3. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar tadi. Tumis hingga ia jadi sedikit kering
  4. Masukkan air asam jawa ke dalam tumisan
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata
  6. Kemudian masukkan juga kentang yang dipotong nipis serta bawang yang dihiris bulat. Gaul rata.
  7. Setelah sambal masak, masukkan pula ayam yang dah digoreng tadi dan gaul bersama sambal yang dah masak tersebut.
  8. Angkat dan hidangkan

Senang sangat nak masak ayam goreng sambal berlada hijau ni. Kalau nak makan dengan ikan bilis, korang gantilah dengan ayam goreng tu.

Selamat memasak!

Baca Juga Labu Kuning Masak Lemak Udang

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi ayam masak sambal hijau
  • ayam masak sambal hijau
  • cara masak ayam goreng berlada pedas



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment