Resepi Mee Goreng Biasa Letak Ayam Sedap Giler

Cara nak masak mee goreng ada banyak teknik. Kalau korang masukkan satu je bahan berlainan, mee goreng tu jadi samada mee goreng basah ke, mee goreng mamak, mee goreng hailam, etc. Kan? Hehe.

Kat resepi ni, saya nak share cara buat mee goreng biasa je. Tapi confirm sedap makan sampai bertambah dua pinggan nanti.

Resepi Mee Goreng Biasa Letak Ayam Sedap Giler

Resepi Mee Goreng Biasa Letak Ayam Sedap Giler

Bahan masak mee goreng letak ayam:

1 biji bawang besar (diblend)

2 biji bawang putih (diblend)

6 tangkai cili kering (rebus dan diblend)

1 biji tomato (belah 4)

2 ketul ayam bahagian daging (dipotong kecil)

1 biji timun

1 Paket mee kuning

Daun sup, daun bawang untuk hiasan

Sedikit kicap manis

Secubit garam & gula secukup rasa

Cara nak goreng pun senang gila. Tak banyak karenah sangat. Resepi ni boleh makan untuk 2 orang.

Kalau korang nak makan beramai-ramai, tambah je kuantiti bahan dalam masakan tu nanti. Yang penting rasa mee goreng korang seimbang dan sedap.

Cara-cara simple goreng mee :

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering (yang dah direbus awal). Kisar bersama sedikit air
  2. Potong kecil ayam bahagian daging
  3. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali
  4. Kemudian tumis bahan yang dah siap dikisar tadi.
  5. Tunggu hingga bahan tumis sedikit kering. Jangan kering sangat nanti hangus pulak. Agak-agak cukup untuk pastikan ayam boleh masak rata dalam tu.Hehe. Kalau kering sangat masukkan air sikit.
  6. Masukkan tomato yang dibelah 4.
  7. Masukkan ayam ke dalam tumisan dan gaul rata
  8. Tuang sedikit kicap ke dalam tumisan. Untuk buat tumisan tu nampak basahdan rasa lebih sedap. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika hingga ayam da cukup masak.
  9. Sekiranya kuah kering, tambah sahaja air dan kicap serta garam secukup rasa.
  10. Kemudian baru masukkan mee kuning separuh paket jer takpun sukat untuk 2 orang makan sahaja.
  11. Gaul rata, angkat dan hias dengan hirisan timun, daun sup daun, daun bawang serta tomato

Resepi Mee Goreng Biasa Letak Ayam Sedap Giler

Senang je nak buat. Cumanya untuk yang baru pertama kali masak, mesti korang tak dapat nak agak kuantiti bahan yang perlu dimasukkan kan?

Nanti ada masa saya buat video. Senang sikit. Hehe.

Baca Juga Cara Buat Bebola Daging Bakso

CARIAN BERKAITAN:

  • mee goreng kering
  • cara masak mee goreng ayam
  • resepi mee goreng basah simple



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

2 Comments

  1. Ixora July 14, 2018

Add Comment