Resepi Cendawan Goreng Tepung Berempah Rangup

Ni antara resepi yang paling Dya suka buat, cendawan goreng tepung.

Kalini kita guna cendawan pulak dan yang pasti rangup krupkrap bila dimakan.

Resepi Mudah Cendawan Goreng Berempah

Bahan²:

🍄 1 paket cendawan
🍄 Jintan manis
🍄 Ketumbar
🍄 Garam gula secukupnya
🍄 Tepung beras
🍄 Tepung gandum
🍄 1 Sb Serbuk kari ikan
🍄 Air secukupnya

Kuantiti bahan di atas ikut citarasa masing². Cuma air pastikan tidak terlalu banyak sebab kita nak guna bancuhan tepung yang pekat

Cara Masak:

  1. Tumbuk halus jintan manis dan ketumbar
  2. Masukkan tepung di dalam mangkuk, jintan & ketumbar, secubit garam, gula 1/2 sudu, 1sb kari ikan. Gaul rata
  3. Tuangkan air sikit dan buat bancuhan tepung yang likat
  4. Salut cendawan dengan bancuhan tadi
  5. Panaskan minyak guna api sederhana
  6. Goreng cendawan sehingga berwarna keemasan dan masak
  7. Angkat dan boleh dimakan begitu saja.
cendawan goreng tepung
cendawan rangup di luar

Tips:

Lepas buat bancuhan rasa sikit ok ke tak. Kalau kurang rasa, tambah garam atau gula secukup rasa

Bancuhan pastikan pekat dan melekat bila salut dengan cendawan.

Tapi dalam masa yang sama jangan terlampau pekat macam nak buat jemput-jemput pulak. Hehe.

Agak-agak je

Tak pekat sangat, tak cair sangat. Asalkan bancuhan tu melekat kat cendawan.

Biasanya Dya sapu nipis je salut bancuhan tepung kat cendawan tu.

Jadi, takdalah tepung je tebal masa nak makan.

Yang penting bunyik rangup bila digigit, tapi dalamnya lembut dimakan.

cendawan goreng berempah sedap

Selamat mencuba!

Boleh cuba jugak Resepi Ayam Bakar Madu Simple dan Sedap

PRINT RESIPI DI BAWAH:

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
cendawan goreng berempah

Resepi Cendawan Goreng Berempah Sedap


5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star

No reviews

  • Total Time: 30 minutes
  • Yield: 2 orang 1x

Description

Terasa rangup dan wangi bau rempah cendawan goreng ni. Guna bahan yang simple dan mudah sangat nak buat.


Ingredients

Scale

Bahan-bahannya:

  • 1 Paket cendawan
  • 1 sb kari ikan
  • 1 cubit garam
  • Jintan Manis
  • Ketumbar
  • Tepung beras
  • Tepung gandum
  • gula secukup rasa
  • air secukupnya
  • Kuantiti bahan di atas ikut citarasa masing². Cuma air pastikan tidak terlalu banyak sebab kita nak guna bancuhan tepung yang tak cair sangat, tak pekat sangat

Instructions

Cara Masak Goreng Berempah:

  1. Tumbuk halus jintan manis dan ketumbar
  2. Masukkan tepung di dalam mangkuk, jintan & ketumbar, secubit garam, gula 1/2 sudu, 1sb kari ikan. Gaul rata. (Nisbah tepung gandum: tepung beras adalah 2:1 , Perasakan garam gula secukup rasa ikut citarasa)
  3. Tuangkan air sikit dan buat bancuhan tepung yang likat (tak pekat sangat tak cair sangat)
  4. Salut cendawan dengan bancuhan tadi
  5. Panaskan minyak guna api sederhana
  6. Goreng cendawan sehingga berwarna keemasan dan masak
  7. Angkat dan boleh dimakan begitu saja.
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 15 minutes
  • Category: Snack
  • Cuisine: Mediterranean

CARIAN BERKAITAN:

  • masakan cendawan
  • cendawan goreng tepung
  • resepi tepung berempah simple sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star