Resepi Cendawan Goreng Tepung Berempah Rangup

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Ni antara resepi yang paling Dya suka buat, cendawan goreng tepung.

Kalini kita guna cendawan pulak dan yang pasti rangup krupkrap bila dimakan.

Resepi Mudah Cendawan Goreng Berempah

Bahanยฒ:

๐Ÿ„ 1 paket cendawan
๐Ÿ„ Jintan manis
๐Ÿ„ Ketumbar
๐Ÿ„ Garam gula secukupnya
๐Ÿ„ Tepung beras
๐Ÿ„ Tepung gandum
๐Ÿ„ 1 Sb Serbuk kari ikan
๐Ÿ„ Air secukupnya

Kuantiti bahan di atas ikut citarasa masingยฒ. Cuma air pastikan tidak terlalu banyak sebab kita nak guna bancuhan tepung yang pekat

Cara Masak:

  1. Tumbuk halus jintan manis dan ketumbar
  2. Masukkan tepung di dalam mangkuk, jintan & ketumbar, secubit garam, gula 1/2 sudu, 1sb kari ikan. Gaul rata
  3. Tuangkan air sikit dan buat bancuhan tepung yang likat
  4. Salut cendawan dengan bancuhan tadi
  5. Panaskan minyak guna api sederhana
  6. Goreng cendawan sehingga berwarna keemasan dan masak
  7. Angkat dan boleh dimakan begitu saja.
cendawan goreng tepung
cendawan rangup di luar

Tips:

Lepas buat bancuhan rasa sikit ok ke tak. Kalau kurang rasa, tambah garam atau gula secukup rasa

Bancuhan pastikan pekat dan melekat bila salut dengan cendawan.

Tapi dalam masa yang sama jangan terlampau pekat macam nak buat jemput-jemput pulak. Hehe.

Agak-agak je

Tak pekat sangat, tak cair sangat. Asalkan bancuhan tu melekat kat cendawan.

Biasanya Dya sapu nipis je salut bancuhan tepung kat cendawan tu.

Jadi, takdalah tepung je tebal masa nak makan.

Yang penting bunyik rangup bila digigit, tapi dalamnya lembut dimakan.

cendawan goreng berempah sedap

Selamat mencuba!

Boleh cuba jugak Resepi Ayam Bakar Madu Simple dan Sedap

PRINT RESIPI DI BAWAH:

cendawan goreng berempah

Resepi Cendawan Goreng Berempah Sedap

Terasa rangup dan wangi bau rempah cendawan goreng ni. Guna bahan yang simple dan mudah sangat nak buat.
Prep Time 15 mins
Cook Time 15 mins
Total Time 30 mins
Course Snack
Cuisine Mediterranean
Servings 2 orang

Ingredients
  

Bahan-bahannya:

  • 1 Paket cendawan
  • 1 sb kari ikan
  • 1 cubit garam
  • Jintan Manis
  • Ketumbar
  • Tepung beras
  • Tepung gandum
  • gula secukup rasa
  • air secukupnya
  • Kuantiti bahan di atas ikut citarasa masingยฒ. Cuma air pastikan tidak terlalu banyak sebab kita nak guna bancuhan tepung yang tak cair sangat, tak pekat sangat

Instructions
 

Cara Masak Goreng Berempah:

  • Tumbuk halus jintan manis dan ketumbar
  • Masukkan tepung di dalam mangkuk, jintan & ketumbar, secubit garam, gula 1/2 sudu, 1sb kari ikan. Gaul rata. (Nisbah tepung gandum: tepung beras adalah 2:1 , Perasakan garam gula secukup rasa ikut citarasa)
  • Tuangkan air sikit dan buat bancuhan tepung yang likat (tak pekat sangat tak cair sangat)
  • Salut cendawan dengan bancuhan tadi
  • Panaskan minyak guna api sederhana
  • Goreng cendawan sehingga berwarna keemasan dan masak
  • Angkat dan boleh dimakan begitu saja.
Keyword cendawan goreng, goreng berempah sedap mudah, resepi cendawan goreng berempah

CARIAN BERKAITAN:

  • masakan cendawan
  • cendawan goreng tepung
  • resepi tepung berempah simple sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe Rating