Resepi Sayur Buncis Goreng Guna Tepung Dan Oat

Dya dapat idea masak sayur buncis goreng ni daripada adik ipar. Tapi adik ipar guna tepung yang jenis dah siap.

Iklan

Dya pulak jenis suka guna tepung yang non gluten seperti tepung barli.

resepi buncis goreng sedap
buncis goreng sedap

Bila ada anak ekzema dan allergy, pemakanan memang kena jaga dari A to Z.

Salah satunya penggunaan tepung. Tepung putih memang pantang larang terbesar untuk anak ekzema.

Dan tepung yang terbaik untuk mereka adalah tepung barli, tepung kelapa dan tepung organik lain.

Resepi Buncis Goreng Tepung Dan Oat

sayur buncis goreng
Bahan utama sayur buncis goreng

Untuk menggalakkan anak makan sayur, Dya guna tepung barli serta oat organik sebagai bahan utama.

Alhamdulillah memang sedap dan menjadik sangat.

Bahan-bahannya:

Tepung barli
Tepung beras sikit je
secubit Garam pink himalaya
Rolled oat organik
Ketumbar dan jintan | ditumbuk halus

Cara Masak:

  1. Campurkan kesemua bahan dengan sedikit air. Buat bancuhan pekat yang jenis melekat pada sayur buncis tu.
  2. Gaul rata
  3. Kemudian celupkan buncis ke dalam adunan tepung tadi
  4. Panaskan minyak di dalam kuali
  5. Goreng buncis yang dah disalut tepung.
  6. Masak sehingga warna perang keemasan
  7. Angkat dan tos.
  8. Siap!

Kuantiti bahan ni agak-agak je. Asalkan bancuhan tu pekat dan boleh salut kat boncis.

Yang paling penting bahan yang kita guna tu sangat berkhasiat bila dimakan.

Selamat mencuba!

Lepasni boleh cuba masak Telur Bungkus Inti Ayam Sayur

CARIAN BERKAITAN:

  • buncis goreng
  • resepi sayur buncis goreng
  • sayur buncis goreng sedap

Print resepi di bawah:

sayur buncis goreng

Resepi Sayur Buncis Goreng

Resepi sayur buncis goreng ni cara nak galakkan anak makan sayur. Goreng guna tepung beras dan oat. Rasa dia sedap gila! Ratah macamtu saja pun sedap dah
Prep Time 5 mins
Cook Time 5 mins
Total Time 4 mins
Course Salad
Cuisine Mediterranean
Servings 2 orang

Ingredients
  

  • Tepung barli
  • Tepung beras sikit je
  • secubit Garam pink himalaya
  • Rolled oat organik
  • Ketumbar dan jintan | ditumbuk halus

Instructions
 

  • Campurkan kesemua bahan dengan sedikit air.
  • Buat bancuhan pekat yang jenis melekat pada sayur buncis tu.
  • Gaul rataKemudian celupkan buncis ke dalam adunan tepung tadi
  • Panaskan minyak di dalam kuali Goreng buncis yang dah disalut tepung.
  • Masak sehingga warna perang keemasan
  • Angkat dan tos
  • Siap!
Keyword buncis goreng, buncis sedap resepi, sayur buncis rangup

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe Rating