Tempat Makan Tengahari Sedap Servis Cepat Kat JB

Dah bertahun sebenarnya tak pergi ke JB. Masalah utama semestinya nak makan kat mana? Hehe.

Iklan

Hujung minggu luangkan masa bercuti sekejap kat resort sekitar Johor Bharu.

Keesokan hari, saya dah sibuk google lokasi tempat makan mana la yang sedap kat JB.

Salah satunya yang saya jumpa adalah di Sup Tulang ZZ JB.

Saya suka kedai makan ni sebab servis pantas gila.

Bayangkan, baru order tak sampai 15 minit makanan dah sampai.

Air minuman pun sedap & sup pekat padu.

Antara menu pilihan kami:

  • Sup tulang daging lembu
  • Mee rebus daging
  • Nasi Ayam Penyet
  • Jus Oren
  • Jus tembikai
  • Teh O Ais Limau
Nasi ayam penyet 7/10
mee rebus daging 9/10
sup tulang gearbox 8/10

Semua boleh tahan sedap. Cuma untuk nasi ayam penyet, sambalnya terasa seperti sambal nasi lemak sedikit.

[IKLAN] Jom cuba rasa Sambal Penyet Kak Mai.

Mee rebus kuah pekat & ada taburan macam tepung digoreng . Sedap!

Sup pun pekat. Saya hirup macamtu saja tanpa letak sambal kicap dah. Hehe. Isi daging memang banyak.

Jadi, kalau korang singgah ke JB & buntu tak tahu nak makan kat mana, boleh terus cuba kat kedai makan ZZ Sup Tulang ni.

Saya bagi rate 8/10. Servis memang pantas & kawasan dikelilingi pokok. Rasa tenang dan best je layan makan sambil hirup udara segar.

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment