Buffet Ramadhan 2018 Atas Kapal Cruise Tasik Putrajaya

Biasanya tempat yang kita pilih untuk berbuka puasa antaranya kat hotel & kat kedai makan terpilih je kan? Kadang macam rasa bosan jugakla, kalau kita makan kat kawasan dalam bangunan jer.

Tahun ni mungkin boleh cipta kelainan sikit. Kita cuba berbuka puasa atas kapal cruise pulak.

Siapa cakap kat Putrajaya takda apa-apa? Benda yang kerap saya dengar sebenarnya. Masyarakat tempatan bila disebut Putrajaya, ramai yang akan buntu dan blur sebab rasa macam takda apa pun kat sini melainkan pejabat-pejabat kerajaan saja.

Dya sendiri pun camtu jugak. Haha. Bila datang Putrajaya terasa macam bosan sedangkan ada banyak gila aktiviti boleh buat kat sini.

Tahun lepas pernah join macam-macam aktiviti best. Malas nak cerita karang sampai berapa muka surat tak habis nak taip.

Dan harini sebenarnya kali kedua Dya naik kapal cruise Tasik Putrajaya. First time naik, waktu malam. Jadi sempatla ronda tengok bangunan & cahaya waktu malam. Pemandangan tasik Putrajaya waktu malam best. Sebab rasa tenang je atas kapal cruise.

 Buffet Ramadhan 2018 Atas Kapal Cruise Tasik Putrajaya

aneka sambal, laksa, kambing bakar kuah black pepper

Untuk pengetahuan, kapal Cruise Putrajaya ni ada dua tingkat. Kalau nak merasa angin luar naiklah ke tingkat atas untuk bersantai-santai. Tingkat bawah pulak adalah ruang untuk kita berbuka puasa.

Buffet Ramadhan 2018 Atas Kapal Cruise Tasik Putrajaya

Dya tak pernah lagi berbuka atas kapal cruise Tasik Putrajaya. Jadi, masa hadir untuk pre-review buffet ramadhan 2018 kat atas tasik, sempatlah merasa pengalaman konon-konon berbuka kat atas kapal.

Buffet Ramadhan 2018 Atas Kapal Cruise Tasik Putrajaya

Suasana berbuka puasa dalam kapal cruise

Menu yang disediakan takda lah sebanyak buffet Ramadhan kat hotel. Yelah, kalau bawak banyak sangat atas kapal, berat pulak kapal tu nak bergerak nanti.

Cuma apa uniknya terletak pada pemandangan atas tasik waktu malam/waktu berbuka puasa. Jadi, sekali-sekala berbuka puasa kat sini pun best jugak.

Bagi Dya pengalaman berbuka atas kapal cruise cipta kelainan sedikit sebab kita boleh hirup udara segar kat luar dan tenangkan diri bila makan kat atas kapal cruise.

Ada lebih kurang 30 makanan berbuka puasa yang akan disediakan nanti. Dan menu yang tersedia kat atas kapal antaranya:

  • kambing panggang
  • ayam goreng berempah
  • daging gulai kawah
  • mee goreng ayam
  • kuih muih
  • pencuci mulut

Korang boleh jugak pilih 3 set menu berkonsepkan fusion oriental, middle eastern atau muhibbah. Kot teringin nak makan menu lain bolehla cuba tempah nanti.

Buffet Ramadhan 2018 Atas Kapal Cruise Tasik Putrajaya

Ada sate daing & ayam, mee goreng, nasi goreng kampung, ayam goreng berempah

Menu Berbuka Puasa Pilihan Saya?

Ok, Dya tak makan semua makanan yang ada disediakan dalam kapal cruise Putrajaya ni. Sebabnya, kalau makan semua nanti perut terlampau kenyang. Bila terlampau kenyang susah nak bergerak nanti. Hehe.

Jadi, Dya hanya pilih mana yang Dya nak makan sahaja. Tips makan buffet Ramadhan jangan sesekali ambik semua lepastu tak habis. Kan dah membazir nanti? Betul tak?

Jadi, kat bawah ni makanan pilihan Dya:

Makanan pilihan berbuka puasa kat Kapal Cruise Tasik Putrajaya

Sedap cuma kambing bakar terlebih masak sedikit

Makanan pilihan berbuka kat Kapal Cruise Tasik Putrajaya

Sate ayam & daging 10 batang untuk makan dua orang

Promosi Harga Buffet Ramadhan Fi Sofina di Cruise Tasik Putrajaya?

Kalau korang tempah awal sebelum 16 Mei 2018, , harga berbuka puasa  Fi Sofina bernilai RM120 untuk dewasa dan RM75 untuk kanak-kanak.

Harga asal pakej buffet Ramadhan kat sini = RM145 dewasa, RM77 kanak-kanak.

Call 02-88883359 untuk tempahan atau emel ke sales@cruisetasikputrajaya.com

Promosi Harga Buffet Ramadhan Fi Sofina di Cruise Tasik Putrajaya

Harga promosi untuk tempahan awal

Promosi Harga Buffet Ramadhan Fi Sofina di Cruise Tasik Putrajaya

 

Korang akan berlayar selama sejam setengah ronda sekeliling kawasan tasik Putrajaya. Sebelum kapal cruise bergerak, urusan solat akan didahulukan kat jeti Tasik Putrajaya ni.

Jadi, lepas makan sikit kudapan dan solat maghrib, barulah kapal cruise akan gerak.

Kalau ada rezeki mungkin korang boleh menang pakej Love Boat yang nilainya RM350. Sebab, untuk yang buat tempahan berbuka kat Kapal Cruise, pihak cruise akan buat cabutan bertuah jugak.

Promosi Harga Buffet Ramadhan Fi Sofina di Cruise Tasik Putrajaya

Cabutan bertuah

Malah korang tak balik dengan tangan kosong. Siap dapat duit raya dengan kuih raya nanti. Hehe.

Baca Juga Pakej Promosi Berbuka Puasa Di Bangi



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment