Tiap kali sebut nasi arab, awal-awal cakap kat laki “surrender”. Sebab bila makan nasi arab gerenti lepastu badan jadi lemau & ngantuk gila.
Tak taula apa rempah dalam nasi arab sampai mampu buat Dya ngantuk tahap tak terbendung. Haha.
Tapi, lepas sekian lama tak makan. Tiba-tiba haritu si suami teringin sangat nak makan nasi arab kat restoran Nasi Arab Damsyik, Senawang.
Mula-mula tu memang nak tolak permintaan suami. Haha. Sebab Dya tau lepas makan nanti pengsan mengantuk. Tapi dah orang tu ngidam, kita ikutkan je lah. Hihi.
Waktu Operasi Kedai Makan Nasi Arab Damsyik, Senawang:
Restoran ni bukak setiap hari kecuali selasa start dari 2 petang sampai 11 malam.
Ni sebenarnya kali kedua Dya ke sini. Masa first time dulu, sepupu yang bawak makan ke sini. So far sedap jugak la.
Tapi masa pergi berdua dengan suami ni jadi blur nak makan apa. Sebab dulu datang beramai-ramai. Ni datang berdua konfius jap nak pilih. Haha.
Last-last husband pilih nasi arab ayam, Dya pulak nasi arab kambing. Kitorang pilih yang wahid set. Total makan untuk dua orang RM47 kalau tak silap. Termasuk air.
Rasa menyesal order sorang satu. Sebab portion nasi arab kat sini banyak gila! Walaupun yang jenis satu pinggan punya cam gambar kat atas.
Dahla Dya ni jenis tak makan banyak nasi sangat. Sampai je makanan penuh satu pinggan dah terdiam. “Camana aku nak habiskan nih”. Haha!
Cara Makan Nasi Arab Damsyik, Senawang
Antara ayam dan kambing, Dya sarankan baik korang makan nasi arab yang ada kambing. Lebih sedap berbanding ayam.
Kat menu nasi arab tu akan dibagi sekali sambal & yogurt kalau tak silap. Campur dua bahan ni masa nak makan baru rasa best & lengkap.
Disebabkan Dya makan tak habis, tapaulah nasi tu bawak balik & sambung makan kat rumah.
Lepasni kitorang dah tau dah nak order berapa banyak kat sini kalau sekadar datang berdua je. Hehe.
Order sepinggan je dah cukup. Tak payah order sampai 2 pinggan. 2 pinggan nasi dah macam portion untuk 4 orang makan dah rasanya.
CARIAN BERKAITAN:
- nasi arab paling sedap
- katering nasi arab sedap
- kedai restoran nasi arab kambing
- restoran nasi arab damsyik senawang seremban
- kat