Resepi Terbaik Ayam Butter Masala Sugu Pavithra

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

First time cuba masak ayam butter masala ni. Memang sedap resepi dari Sugu Pavithra!

Tekstur dia menghampiri macam rendang masakan melayu.

resepi ayam butter masala
Ayam Butter Masala Sugu Pavithra

Resepi Sedap Macam Rendang Tapi Tak Serupa

Tapi bau dan rasa sangat berbeza.

Dan paling penting, resepi ni tak perlu guna gula langsung! Rasa dia cukup lengkap.

Ada masam, manis, masin walaupun tak letak gula.

Masa Dya nak cuba masak resepi ni, rempah masala banyak dah sold out kat kedai.

Nasib baik terjumpa stok lagi satu kat kedai lain. Fuhh!

ayam masala sugu pavithra

Nah, Resepi Lengkap Dari Sugu Parvithra:

Resepi Ayam Butter Masala

  • 1/2 ayam potong sup
  • 1sb cili [email protected] cili
  • 2sb rempah masala
  • 1sk serbuk kunyit
  • 1sk garam (secukup rasa)
  • 4sb yogurt
  • 1/2 biji jus limau nipis
  • 1inci halia + 5-7 bwg putih (kisar [email protected])

Campur semua bahan kat atas dan perap sekejap.

Bahan Rempah Untuk Kisar

  • 1/3salted butter
  • 2bj bawang besar (hiris )
  • 1biji tomato (hiris kecik)
  • 10biji gajus
  • 10 tangkai cili kering (potong 3)
  1. cair kan butter. tumis bawang sampai layu, masukkan cili kering. gaul sekejap.
  2. Kemudian masukkan gajus & tomato. masak sampai tomato lembut.
  3. angkat dan kisar

Langkah Terakhir Ayam Butter Masala:

2/3 salted butter

  1. Cairkan butter.
  2. Kemudian masukkan ayam perap. Masak hingga ayam separuh masak.
  3. Angkat dan bersihkan kuali.
  4. Kemudian masukkan minyak utk tumis (dlm 3sb)
  5. Panaskan minyak masukkan BAHAN KISAR tadi.
  6. Tumis sampai naik bau, last sekali masukkan ayam yg separuh masak tu.
  7. Masak sampai pecah minyak and kuah kering sikit.

Untuk resepi yang Dya kongsikan ni ada buat ubahsuai sikit.

Hanya guna separuh ayam, 1 biji tomato dan serbuk cili Dya ganti dengan chili flakes sebab takda stok kat rumah. Hehe.

Resepi ni memang menjadik. Sedap sangat.

Korang bolehla cuba masak kat rumah nanti.

Tengok video cara masak kat bawah:

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment