Makan Sup Soto Johor Sambal Kicap Pedas Dan Sedap Kat Pagoh

Sejak dua menjak ni, cuaca kat sekitar Pagoh mendung & hujan. Sejuk sikit rasa. Kalau bulan-bulan lain, panasnya meleding weh. Memang terasa haba sampai ke kulit.

Makan Sup Soto Johor Sambal Kicap Pedas Dan Sedap Kat Pagoh

Pagi-pagi rasa teringin pulak nak hirup sup soto. Makan panas-panas waktu hujan. Lepastu simbah sambal kicap pedas. Pehh..Sedapnya.

Jadi, gigihla mencari kedai makan/warung yang jual soto nasi impit johor yang sedap kat sekitar Pagoh ni. Duk pusing-pusing ternampak warung tepi jalan kat area Taman Sri Pagoh ni.

Saja lah test tanya kejap “ada jual sup soto tak?”, “sambal kicap pedas sedap ada?” Haha. Boleh pulak tanya soalan tu. Nasib baik ada jual sup soto kat sini.

Makan Sup Soto Johor Sambal Kicap Pedas Dan Sedap Kat Pagoh

Untuk makluman korang, bukan senang nak jumpa tempat buat sambal kicap johor yang sedap. Jarang-jarang ada.

Kadang tu sambal kicap cair sangat, kadang tak pedas, takda rasa. Tapi so far kat sini boleh tahan jugak la weh. Pedaihh!

Kat gambar bawah ni, Dya request taugeh banyak. Sebab Dya memang suka makan taugeh banyak-banyak dari dulu.

Makan Sup Soto Johor Sambal Kicap Pedas Dan Sedap Kat Pagoh

Harga Soto Nasi Pagoh

Satu mangkuk sup soto nasi ni RM4 je. Cukup untuk saya makan sorang. Haha! Sambal pulak ikut suka korang lah nak banyak mana. Haritu Dya terletak banyak gak sambal. Pedas gila. Nyesal letak banyak.

Kat Mana Nak Beli Sup Soto Nasi Pagoh Johor?

Kalau korang singgah ke Pagoh, pergi ke Taman Sri Pagoh. Jalan nak menuju ke parit sulong/tanah merah kalau tak silap. Ada deretan kedai kat situ.

Kedai makan ni nama dia Selera Kampung Kak Mai. Dari jauh dah nampak sebab signboard kedai warna kuning menyala. Yang rabun macam Dya pun boleh nampak terang & jelas signboard kedai.

Bukak waktu pagi 7am – 4pm. Tapi biasanya menu macam soto, nasi ayam, lontong, cepat habis kat sini. Kalau korang nak ke kedai ni, jangan datang waktu tengahari pulak. Memang tak merasa lah jawabnya. Hihi.

Baca Juga Kedai Jual Lontong Soon Sambal Tumis Kat Pagoh

 

 

 

 

 

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi soto ayam mudah dan sedap
  • soto ayam paling sedap
  • resep soto ayam sajian sedap
  • soto ayam sambal kicap johor



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment