Resepi Simple Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan

Harini baru ada mood nak masak ayam lemak cili padi. Disebabkan sekarang Dya duk kat Negeri Sembilan, Dya dah boleh beza antara masak lemak orang johor dengan negeri sembilan. Haha!

Resepi Simple Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan

Ayam masak lemak cili padi

Orang Johor jenis simple, main masuk je bahan masak. Siap. Tapi orang nogori ni special sikit. Masak lemak diorang akan disalai. Macam daging/ayam akan disalai dulu baru la buat masak lemak cili padi.

Kalau tak disalai pun, masak lemak orang nogori ada tambah bahan macam asam keping, serai, daun kunyit. Tu yang bau lagi harumm.

Korang Boleh Baca Kat Resepi Masak Daging Salai Lemak Cili Padi

Ni apa yang Dya perhati lah sejak duduk kat negeri Sembilan lebih 2 tahun dah. Mungkin sebab tu kot kat sini terkenal dengan masak lemak.

Tapi serius weh. Memang masak lemak Negeri Sembilan sedap gila!

Tapi, resepi yang ni Dya nak kongsikan cara simple masak ayam lemak cili padi. Resepi orang bujang lah kot? Sebab bahan yang digunakan pun simple & tak renyah.

Main campak je semua bahan dalam periuk. Lepastu nak bagi bau harum pulak, tabur daun limau. Siap! Hehe.

Resepi Simple Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan

Bahan yang diperlukan untuk ayam masak lemak cili padi simple:

2 Biji bawang putih (ditumbuk)

1 biji bawang besar (ditumbuk)

10 tangkai cili padiĀ (ditumbuk)

1 sudu kecil serbuk kunyit (campur sekali dalam bahan tumbukan)

2 biji kentang (potong ikut suka)

4 ketul ayam

1 helai daun limau

1 sudu kecil Garam

Secubit pak aji

1 kotak santan saiz paling kecik (tuang separuh je)

 

Resepi Simple Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan

Cara masak ayam lemak cili padi paling simple:

  1. Tumis bahan yang ditumbuk (bawang besar, bawang putih, cili padi, serbuk kunyit)
  2. Tumis hingga naik bau
  3. Kemudian masukkan sedikit air (agak-agak je)
  4. Masukkan pula setengah kotak kecil santan kotak
  5. Gaul rata
  6. Masukkan kentang yang dah dipotong
  7. Masukkan garam & pak aji secukup rasa
  8. Tunggu seketika kemudian masukkan ayam
  9. Tambahkan sedikit air lagi supaya kuah tak terlalu pekat santan sangat (ikut koranglah)
  10. Biarkan mendidih dan masak sampai pecah minyak.
  11. Angkat dan hidangkan
  12. Tabur daun limau untuk menambahkan bau harum pada masakan

Masakan yang Dya kongsikan ni paling simple dan tak renyah. Sebab kadang tu kalau dah tahap malas sangat nak beli bahan lengkap, guna je apa yang ada kat rumah ni.

Dya guna bahan-bahan simple je untuk masak lemak cili padi kalini. Rasa dia pun sedap weh. Laki balik kerja makan mesti bertambah. Confirm! Hehe.

 

 

 

 

 

CARIAN BERKAITAN

  • masak lemak ayam cili padi negeri sembilan
  • resepi daging salai masak lemak cili padi
  • ayam masak lemak cili padi negeri sembilan
  • resepi ayam lemak cili padi simple
  • cara masak lemak cili padi ayam
  • ayam masak lemak cili padi resepi mudah



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment