Resepi Ayam Goreng rangup Ala KFC

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Resepi ayam goreng ala-ala KFC ni Dya buat paling simple. Tak guna banyak rempah pun.

Biasanya Dya kalau nak perap ayam, akan guna bahan tertentu. Baru rasa ayam tu mantap gila.

ayam goreng ala kfc

Kalini, Dya guna bahan simple untuk cuba samada ok ataupun tidak.

Alhamdulillah, hasil ayam goreng ala KFC menjadi, rangup & rasa dia balance!

Bahan-bahan Ayam Goreng KFC:

Tepung gandum
Tepung Beras
Garam
Gula
Rempah kari daging

Cara Perap Ayam Goreng Ala KFC:

  1. Bahan kat atas tu, campurkan semua kemudian dibahagi kepada dua. Satu jenis basah, satu kering
  2. Untuk adunan basah, tinggal tambahkan air ke dalam adunan.
  3. Kemudian, perap ayam selama 30 minit
  4. Lepastu, bedakkan ayam guna tepung campuran yang kering.
  5. Jangan terus goreng, rehatkan dulu ayam yang dah siap pakai bedak tu
  6. Kemudian baru goreng dalam kuali minyak panas guna api sederhana

Senang je resepi ni. Rasa ayam goreng ni macam ayam perisa original KFC.

Rupa ayam selepas dibedakkan dan direhat sebelum digoreng

Kalau nak lagi terasa rempah pada ayam, Dya akan kongsikan resepi lain kemudian okay?

Boleh tengok FULL VIDEO Resepi Ayam Goreng Simple Ala KFC :

Dya tak guna penambah perasa seperti ajinamoto ataupun serbuk pati ayam. Sebab untuk makanan yang lebih sihat, lebih elok jika guna garam dan gula sahaja.

Tapi, kalau macam korang dah biasa tambah perasa tambahan, tambah je dalam tepung tu.

Sebab rasa ayam tu lebih bertambah sedap sebab ada lemak-lemak gitu.

Dalam resepi ni, Dya cuba untuk mengamalkan makanan yang lebih sihat tanpa terlebih bahan lain, yang kurang elok untuk badan dalam jangka masa panjang.

Cuma tepung je la Dya masih belum tukar sebab tengah kaji pasal tepung.

Baby Aali ada ekzema. Jadi, pemakanan dia memang kena jaga.

Bukan dia je, dengan bonda & ayah dia sekali kena jaga makan dah sejak dia keluar dari perut ni. Hehe.

Lepasni, Dya nak cuba buat kuih tradisional guna tepung non gluten.

Makan kuih guna bahan yang sihat. Untuk yang ada ekzema, gluten ni antara makanan yang perlu dielakkan.

Bukan untuk yang ada ekzema je, yang sihat macam kita pun kena elakkan sebenarnya.

Sebab gluten ni banyak kesannya pada badan kita.

Cuba Juga Resepi Apam Mekar Gebu Kukus

Print Resepi di bawah:

Resepi Ayam Goreng KFC Rangup

Resepi ni confirm rangup & memang sebiji macam ayam goreng KFC crunch. Rasa dia seperti ayam perisa original. Bolehla buat sendiri je lepasni
Prep Time 15 mins
Cook Time 20 mins
Course Main Course
Cuisine American
Keyword ayam goreng kfc rangup, cara buat ayam goreng kfc spicy

CARIAN BERKAITAN:

  • cara goreng ayam kfc rangup
  • resepi ayam kfc spicy
  • cara buat ayam kfc

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe Rating