Ayam Masak Tempoyak Rasa Gulai Masam Sedap

Harini tiba-tiba ada mood nak masak tempoyak ayam. Gulai kegemaran Dya dari dulu sampai sekarang.

Kalau makan dengan ikan patin, kuah masak tempoyak kena ada banyak. 

Sebab Dya akan hirup kuah sampai habis.

Resepi Masak Gulai Tempoyak Ayam Masam Sedap

Masak tempoyak ni sedap kalau cukup rasa masam & pekat dia.

resepi ayam masak tempoyak sedap

Biasanya Dya suka ikan patin masak tempoyak, tapi dengan syarat ikan tu tak bau hanyir lah. Sebab ada kedai masak ikan patin bau hanyir masih kuat.

Mama ada ajar, kalau nak basuh ikan patin kena buang satu part kat ikan tu. Sebab tu punca hanyir. Kemudian gaul dan perap dengan limau sebelum masak.

Eh tapi harini Dya nak share masak gulai tempoyak ayam ok? Hehe.

Ayam dibuat masakan tempoyak pun sama sedapnya.

gulai ayam masak tempoyak

Bila lunch kat kedai makan, kalau takda ikan patin, ayam masak tempoyak pun jadiklah. Hehe.

Tips Kuah Gulai Masak Tempoyak Sedap Masam

Sebelum tu Dya nak bagi tips simple untuk masamkan kuah masak tempoyak korang:

  • Kalau tempoyak dah cukup rasa masam, tak perlu tambah asam keping/limau/air asam jawa
  • Kalau tak cukup rasa masam, korang boleh pilih samada nak letak asam keping atau air asam jawa ataupun perahan limau sambal. Sama je rasa masamnya nanti
  • Nak bagi masak tempoyak wangi, kena letak daun kesum

Resepi harini Dya tak letak daun kesum @ asam keping sebab dah habis. 

Macam biasalah. Kita guna apa yang ada kat rumah. Hihi.

Sejak ada Baby Aali, bila nak masak memang kena cepat. Sebab…

Budak kecik tu akan melekat je dengan maknya. Nak masak pun kelam kabut.

Jadi, Dya tak da masa nak tumbuk bahan-bahan. Kita blender je semua biar cepat siap. 

Resepi kat bawah ni untuk 2 orang makan.

Bahan-bahan Kisar:

  • 1 Biji bawang
  • 3 Biji bawang putih
  • 15 biji cili padi (ikut citarasa masing-masing)

Bahan Masak :

  • 1 Sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 Sudu besar Tempoyak
  • 6 ketul ayam
  • Garam dan gula secukuo rasa
  • 3 Biji limau sambal ataupun 1 keping asam keping (ikut citarasa masing2)

Cara Masak Resepi Ayam Gulai Tempoyak Masam Pedas:

  1. Kisar bahan-bahan kisar dengan sedikit air
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama serbuk kunyit
  3. Tumis seketika (agak-agak bahan kisar dah masak)
  4. Kemudian masukkan tempoyak & air. Gaul rata
  5. Kuantiti air terpulang pada masing2 (dya letak 2 cawan air)
  6. Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa.
  7. Masak sehingga kuah pekat & ayam empuk. 
  8. Perahkan limau sambal ke dalam masakan
  9. Gaul rata.
  10. Angkat dan hidang dengan nasi panas.

Senang je nak masak ayam gulai tempoyak ni. Resepi ni cukup untuk 2 orang makan. 

Dya suka makan tempoyak, nasi panas2 dengan ulam-ulam. Pegaga jadi pilihan biasanya. 

Sedap gila! Cuba lah.

Jangan Lupa Baca Resepi Sambal Kicap Power Dari Johor jugak ok?

Ayam Masak Tempoyak Resepi Sedap Puas Makan

Resepi gulai ayam masak tempoyak ni kalau cukup masam dia, memang kuah tu Dya hirup sampai habis. Sebab sedap sangat.
Prep Time15 mins
Cook Time20 mins
Course: Main Course
Keyword: ayam gulai tempoyak, ayam masak tempoyak
Servings: 2 orang

Ingredients

Bahan Kisar Ayam Gulai Tempoyak:

  • 1 Biji Bawang besar
  • 2 @ 3 Biji Bawang putih
  • 10 @ 15 Biji Cili Padi | Ikut citarasa masing2

Bahan Resepi Ayam Masak Tempoyak:

  • 2 Sudu Besar Tempoyak
  • 1 Sudu kecil Serbuk kunyit
  • 3 Biji Limau sambal | Perah ambil airnya
  • 6 Ketul Ayam
  • Garam dan gula secukup rasa

Instructions

Cara Masak Ayam Masak Tempoyak Sedap:

  • Kisar bahan2 kisar dengan sedikit air
  • Masukkan minyak dalam kuali
  • Tumis bahan kisar bersama serbuk kunyit. Gaul rata
  • Bila bahan tumis dah masak, masukkan tempoyak dan 2 cawan air
  • Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa
  • Masak sehingga ayam empuk dan kuah jadi pekat sedikit
  • Perah limau sambal ke dalam masakan. Gaul rata
  • Tunggu seketika dan boleh angkat serta dihidang bersama nasi panas & ulam2

CARIAN BERKAITAN:

  • ayam masak tempoyak
  • resepi masak gulai tempoyak sedap
  • ayam gulai tempoyak

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment