Resepi Homemade Bebola Sosej Tanpa MSG, Sihat Dan Gluten Free

Tiap kali masuk kedai, ada macam-macam jenis sosej dijual. Tapi, Dya selalu tak jadi nak beli sebab fikirkan kandungan yang kurang elok, contohnya MSG. Yelah, nama pun makanan proses. Ye dak? Hehe. Sedap tapi pilihan kurang sihat terutamanya untuk anak-anak.

bebola ayam gluten free

Bab makan ni memang Dya agak cerewet. Sebab anak jenis cepat naik allergy. Memang kena jaga perut dia betul-betul, yang mana Dya perlu jaga sumber pemakanan dia.

Disebabkan ni, Dya fikir baik buat je sosej homemade. Dapat buat banyak sekaligus. Sedap pun iya, walaupun tak letak MSG mahupun pengawet.

Sosej homemade nak buat senang sangat. Jom!

Bahan-bahan:

  • 5-6 dada ayam
  • 1-2 biji telur
  • 5 sudu tepung ubi
  • 1/2 batang Carrot
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit kangkung
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • Sedikit lada hitam | kalau nak pedas
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukupnya
  • Organic Mushroom seasoning | untuk beri rasa umami

Cara Buat Sosej Homemade Sihat:

  1. Kisar kering dahulu lada hitam hingga hancur
  2. Kemudian, kisar kesemua bahan lain di atas termasuk lada hitam tadi guna mesin pengisar khas(saya guna pengisar Philips Avance, tak perlu guna air sebab boleh kisar daging ayam sampai hancur)
  3. Lepas siap kisar, bulat-bulatkan kemudian terus rebus dalam kuali. Ataupun kalau nak bentuk sosej, boleh masukkan bahan-bahan kisar ke dalam plastik aiskrim, ikat hujung kiri dan kanan plastik.
  4. Bila dah siap ikat, keraskan dahulu dalam peti ais untuk bagi bentuk sosej nampak cantik, senang terbentuk
  5. Last sekali, lepas dah di frozenkan, boleh keluarkan sosej dari plastik aiskrim dan bolehla rebus atau kukus sosej tersebut
  6. Tapi dalam resepi ni saya takda plastik aiskrim, jadi saya bulat kan dan terus rebus.
  7. Selepas di rebus, angkat tos dan boleh simpan sosej dalam bekas. Kemudian, frozenkan semula
  8. Masa nak makan, keluarkan sosej dan boleh goreng sosej sebelum dimakan

Senang kan nak buat. Hehe. Boleh buat banyak-banyak sekaligus sebab nanti sosej tu kita simpan dan frozenkan kat freezer. Setel!

CARIAN BERKAITAN:

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment