Resepi Kari Ayam Tanpa Guna Santan Tapi Tetap Pekat

Nak buat kari ayam tanpa santan, tapi kuah pekat ni mudah je. Boleh ganti resepi guna susu segar ataupun susu cair.

Dya lebih suka susu segar sebab rasa lebih best berbanding santan dan susu cair.

kari ayam pekat tanpa santan

Dan apa yang bestnya, untuk mereka yang ada allergi dengan santan, boleh ganti guna bahan yang Dya bagitau kat atas tu.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Tapi Tetap Pekat

Aali allergi dengan santan. Memang akan naik merah satu muka dengan leher. Kesian rasa.

Tapi, alhamdulillah nasib baik Aali tak allergi dengan susu segar ataupun susu cair.

Tapi untuk bayi dan kanak-kanak, lebih baik kita guna susu segar sebab khasiat lebih ok berbanding susu cair dalam tin tu.

Resepi ni inshaAllah kari kalian pekat dan memang rasa nak makan je jawabnya. Hehe.

Tipsnya masa masak biarkan kuah pekat dulu sebelum angkat untuk dihidang

Bahan-bahan Kari Tanpa Santan:

  • 1 biji bawang**
  • 2 biji bawang putih**
  • 10 tangkai cili kering** | belah dua, rebus, tos
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 biji tomato | belah 4
  • 5-6 ketul ayam
  • 2 tangkai daun kari
  • Garam gula secukup rasa
  • Sedikit susu segar | dya agak2 je. dalam secawan

Cara Buat Kari Ayam Pekat Sedap:

1. Kisar bahan bertanda ** dengan sedikit air. Kisar halus

2. Panaskan minyak, tumis 3 sudu besar bahan kisar tadi termasuk kari daging. Masukkan juga daun kari . Tumis guna api perlahan. Tumis hingga naik bau dan air tumisan dari bahan kisar tu kering sedikit. Jangan lama sangat nanti hangit.

3. Kemudian,masukkan air ke dalam tumisan..Anggaran air agak2 ayam tenggelam separuh.

4. Masukkan pula ayam, tunggu separuh masak boleh masukkan tomato pulak.

5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Bila ayam dah empuk, masukkan susu segar paling last. Gaul rata. Anggaran dalam secawan jugak. Kalau kuah nampak cair, tambah lagi sikit susu. Jangan terlampau banyak sebab nanti bau susu melebihi bau kari. Agak2 je.

7. Masak sekejap je. Jangan sampai pecah santan sebab nanti tak cantik kejadiannya..

8. Tapi, pastikan kuah kering sedikit dan pekat dahulu. Baru angkat untuk dihidang dan dimakan dengan nasi panas.

Kalau takda daun kari kat rumah, boleh cuba Resepi Kari Ayam Tanpa Daun Kari

Print resepi di bawah:

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
kari ayam tanpa santan

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan


  • Total Time: 45 minutes

Description

Kalau allergi santan dalam masakan, boleh ganti guna susu segar atau susu cair ke dalam resepi kari ayam. Hasilnya kuah tetap pekat sedap buat cicah roti


Ingredients

Scale

Bahan-Bahan Kari Tanpa Santan:

  • 1 biji bawang besar**
  • 2 biji bawang putih**
  • 10 tangkai cili kering** (| belah dua, rebus, tos)
  • 2 sb rempah kari daging
  • 1 biji tomato (| belah 4)
  • 56 ketul ayam
  • 2 tangkai daun kari
  • Garam gula secukup rasa
  • Sedikit susu segar (| dya agak2 je. dalam secawan )

Instructions

Cara Masak Kari Ayam Pekat:

  1. Kisar bahan bertanda ** dengan sedikit air. Kisar halus
  2. Panaskan minyak, tumis 3 sudu besar bahan kisar tadi termasuk kari daging. Masukkan juga daun kari . Tumis guna api perlahan. Tumis hingga naik bau dan air tumisan dari bahan kisar tu kering sedikit. Jangan lama sangat nanti hangit.
  3. Kemudian,masukkan air ke dalam tumisan..Anggaran air agak2 ayam tenggelam separuh.
  4. Masukkan pula ayam, tunggu separuh masak boleh masukkan tomato pulak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Bila ayam dah empuk, masukkan susu segar paling last. Gaul rata. Anggaran dalam secawan jugak. Kalau kuah nampak cair, tambah lagi sikit susu. Jangan terlampau banyak sebab nanti bau susu melebihi bau kari. Agak2 je.
  7. Masak sekejap je. Jangan sampai pecah santan sebab nanti tak cantik kejadiannya..
  8. Tapi, pastikan kuah kering sedikit dan pekat dahulu. Baru angkat untuk dihidang dan dimakan dengan nasi panas.
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 30 minutes
  • Category: Main Course
  • Cuisine: Mediterranean

Keywords: kari ayam pekat, resepi kari tanpa santan

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi kari ayam tanpa santan
  • Kari ayam pekat dan sedap
  • cara buat kari ayam sedap mudah

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star