Cara Cepat Masak Kari Ayam Sedap Tanpa Daun Kari

Haritu saya ada kongsikan cara masak ayam kari santan kan? Yang mana tumis guna daun kari untuk naikkan bau masakan kari korang. Hehe.

Selain daun kari ada jugak rempah tumis lain saya masukkan masa tu. Tapi untuk resepi ni, saja je masak tanpa daun kari & rempah lain.

Cuma guna serbuk kari saja & cili boh untuk masak ayam kari sedap.

Kadang kat rumah ni bahan macam daun kari, kayu manis, bunga lawang dah habis stok. Jadinya guna je lah apa yang ada. Kan? Pun sedapp jugak.

Cara Cepat Masak Kari Ayam Sedap Tanpa Daun Kari

Ada lagi satu jenis masakan kari yang biasanya kat kedai mamak je boleh rasa kari ni. Cara masak agak berbeza sebab diorang guna halba dan ada rempah campur masa tumis tu.

Haritu mama masakkan kari ikan mamak. Pehh, memang kaww gila macam kat kedai mamak.

Kari mamak selalunya saya suka cicah dengan roti canai. Dan tak silap takda santan yang digunakan.

Kari orang Melayu macam kita kebanyakannya guna santan untuk bagi masakan kari tu rasa lemak.

Kalau tak letak santan, kari tu rasa pekat. Malah lepas makan pun, bau kari tu masih lekat kuat kat tangan.

Tu belum lagi cerita bab kari kam hiong. Lagi pekat melekat. Eh macam banyak pulak rasa jenis kari untuk dirasa kan? Hihi.

Dah dah..Jom cuba masak kari ayam simple ni tanpa pakai daun kari.

Cara Cepat Masak Kari Ayam Sedap Tanpa Daun Kari

Cara Cepat Masak Kari Ayam Sedap Tanpa Daun Kari

Kari ayam Lawan dengan ulam dan sambal belacan lagi sedap!

Bahan yang diperlukan:

1 biji bawang besar (ditumbuk)

2 biji bawang putih (ditumbuk)

5-8 tangkai cili padi (ditumbuk)

2-3 sudu serbuk kari daging/kari ikan (digaul sekali dalam lesung)

1-2 biji kentang (belah 4)

1 biji tomato (dibelah 4)

2 sudu cili boh

Setengah kotak santan (kotak kecik)

8 ketul ayam

garam dan gula secukup rasa

Cara masak kari ayam sedap:

  1. Tumbuk bawang dan cili padi. Kemudian gaulkan sekali dengan serbuk kari. Boleh pilih guna kari daging atau kari ikan. Tapi kalau nak sedap guna kari ikan.
  2. Masukkan minyak dalam kuali.
  3. Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau
  4. Kemudian masukkan cili boh ke dalam tumisan. Gaul rata.
  5. Masa hingga pecah minyak
  6. Masukkan ayam kemudian masukkan pula santan ke dalam masakan
  7. Campak kentang dan tomato sekali
  8. Gaul rata masakan dan tunggu kuah kering sedikit
  9. Kemudian, letak secubit garam dan gula secukup rasa. Biasanya saya letak 1 sudu gula. Gula ni sebagai pengganti ajinomoto. Pak aji/msg ni kan tak elok diamalkan. Hehe
  10. Bila kuah dah kering tu tambah air sedikit dalam masakan.
  11. Tunggu sehingga kentang dan ayam empuk masak sempurna.
  12. Kalau kurang rasa, tambah garam & garam sampai rasa dia sedap ikut tekak
  13. Boleh angkat dan hidangkan dengan nasi panas

Makan Kari Ayam Sulam Sambal Belacan?

Saya suka makan kari ayam sulam dengan sambal belacan & ulam sebenarnya. Tapi, harini malas gila nak buat sambal belacan.

Makan je la bayam tumis dengan ayam kari sedap ni. Tambah kacang botol sikit buat ada-ada.

Masakan ni cukup untuk dimakan 2 orang. Kalau duk berdua dengan suami, sesuai sangatlah guna resepi ni. Tak membazir nak sukat banyak-banyak nanti tak habis.

Tapi biasanya kalau bini masak, laki mesti bertambah makan. Jadi rasanya istilah lauk tak habis tu dah tak valid dah. Haha! Selamat memasak semua.

CARIAN BERKAITAN:

  • kari ayam mamak
  • cara masak kari ayam dengan santan
  • resepi kari ayam simple dan sedap
  • cara mudah masak kari ayam



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment