Resepi Ayam Masam Manis Guna Sos Ikan Ala Thai

Resepi ayam yang ni Dya main hentam buat ikut tekak. Sebab masa ni terasa nak makan yang masam manis dan ada rasa sikit bau sos ikan dalam masakan.

Kalau kalian kurang gemar sos ikan, mungkin resepi ni tak masuk tekak. Hihi.

Resepi Ayam Masam Manis Guna Sos Ikan Ala Thai

Resepi ni khas untuk mereka yang gilakan sos ikan dalam masakan.

resepi masam manis ayam thai
ayam masam manis

Bahan-bahan Ayam Masam Manis Thai:

  • 4-5 ketul ayam
  • 10 tangkai cili api | potong kecik
  • 1sb serbuk kunyit
  • 2sb sos ikan | kuantiti ikut tahap yang korang suka. Letak sikit pun boleh.
  • jus limau | kuantiti ikut tahap masam yg korang suka
  • parsley | potong hlus
  • 1 biji bawang | potong dadu halus
  • 2 biji bawang putih | potong dadu halus
  • Garam gula secukup rasa | nak mudah letak pati ayam je. Setel

Cara Masak Kuah Ayam Masam Manis Sos Ikan:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan secubit garam. Goreng garing.
  2. Tos & Ketepikan.
  3. Kemudian, panaskan kuali, masukkan sedikit minyak (dalam 1 sudu je), tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
  4. Masukkan sedikit air, sos ikan, jus limau , garam gula secukup rasa.

    Nak mudah, guna pati ayam je. Tak perlu garam gula. Dya tak biasa guna pati ayam sebab lebih suka guna bahan organik dalam masakan.

    Untuk sos ikan dan jus limau, korang letak ikut citarasa. Nak masam, lebihkan jus limau, nak bau ikan, lebihkan sikit sos ikan. Tapi jangan banyak sangat. Bau hanyir nanti.

  5. Masak sekejap.

    Nak kuah lebih, lebihkan air, tapi kena pandai adjust semula rasa
  6. Kemudian masukkan ayam goreng tadi, gaul rata
  7. Last sekali, tabur parsley dan cili api.

Masakan ayam ni sedap diratah macam tu je. Ataupun makan dengan nasi putih panas-panas. Fuhh.

Untuk yang takda idea nak masak apa harini, kalian boleh cuba masak resepi ni. Manala tau, selera kita sama ke ka? Hehe.

Rasa dia agak lain sikit sebab Dya letak sos ikan dalam masakan.

Jadi, penting untuk kalian sebatikan rasa dengan jus limau, sos ikan, dan gula.

Jangan terlebih letak. Karang tak boleh masuk tekak pulak. Hehe.

Jom Cuba Jugak Resepi Mee Goreng Basah Simple

Print resepi kat bawah:

Resepi Ayam Masam Manis Sos Ikan Thai

Resepi ni Dya olah sendiri sebab teringin sangat nak makan ayam tapi rasa masam, manis dan ada bau sos ikan. Nampak pelik tapi sedap sangat!
Prep Time15 mins
Cook Time15 mins
Course: Main Course
Cuisine: Mediterranean
Keyword: ayam ala thai, resepi ayam masam manis
Servings: 2
Cost: 5

Ingredients

Bahan-bahan ayam ala thai:

  • 4 @ 5 ketul ayam kuantiti ikut suka
  • 1 sb serbuk kunyit
  • 10 tangkai cili padi | potong kecil, kuantiti ikut suka
  • 2 biji bawang putih | cincang halus
  • jus limau thai | kuantiti ikut tahap masam yang korang suka
  • 1 biji bawang besar | cincang halus
  • sos ikan thai | kuantiti ikut citarasa. Jangan banyak sangat nanti bau hanyir
  • Garam dan gula | secukupnya. nak mudah letak pati ayam je

Instructions

Cara Masak Kuah Ayam Masam Manis Sos Ikan:

  • Gaulkan ayam dengan kunyit dan secubit garam. Goreng garing. Tos & Ketepikan.
  • Kemudian, panaskan kuali, masukkan sedikit minyak (dalam 1 sudu je), tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
  • Masukkan sedikit air, sos ikan, jus limau , garam gula secukup rasa.
  • Nak mudah, guna pati ayam je. Tak perlu garam gula. Dya tak biasa guna pati ayam sebab lebih suka guna bahan organik dalam masakan.
  • Untuk sos ikan dan jus limau, korang letak ikut citarasa. Nak masam, lebihkan jus limau, nak bau ikan, lebihkan sikit sos ikan. Tapi jangan banyak sangat. Bau hanyir nanti.
  • Masak sekejap.
  • Nak kuah lebih, lebihkan air, tapi kena pandai adjust semula rasa
  • Kemudian masukkan ayam goreng tadi, gaul rata
  • Last sekali, tabur parsley dan cili api.

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi ayam masam manis
  • Resepi ayam berkuah
  • Masak ayam ala thai

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment