Resepi Lempeng Lembut Guna 2 Tepung Gluten Free

Saya dah banyak kali buat pelbagai lempeng, tapi jujur kalini resepi lempeng lembut sangat-sangat dan hanya guna 2 jenis tepung gluten free dah memadai.

Kalau nak versi pilihan lebih sihat, boleh hack resepi lempeng ni guna GFSD (Gluten Free Sourdough Starter) dan tambah serat lain seperti inti kelapa atau guna air seperti santan.

lempeng lembut
resepi keeper ni, lempeng lembut bebas gluten

Resepi ni dikongsikan oleh ahli di group FB Resepi Gluten Free Asmrdhia. Pemilik asal resepi ni dari Indonesia. Saya cuba mencari semula sumber asli. Sayangnya pemilik blog mungkin sudah tidak aktif blogging. Tapi, ilmunya berterusan sampai dan digunakan ramai orang.

Manfaatkan resepi ni, ayuh sama-sama bertukar ke pilihan lebih baik untuk kesihatan usus. Jual lah lempeng gluten free.

Mudah buat dan jimat juga sebenarnya

Resepi ni boleh buat kulit kuih ketayap, popia basah, roti jala, crepe kek. Hanya tinggal add on pewarna organik seperti serbuk kunyit, pewarna hijau pandan organik atau bayam, purple sweet potato powder, dan lain-lain

Kemudian padankan lah dengan inti yang sesuai seperti inti kelapa, sayuran, coklat, cream, dan macam-macam lagi.

Bahan-bahan lempeng lembut:

  • 100 gram Tepung beras 100%
  • 10 gram tepung ubikayu (saya guna ferubi)
  • 1 sudu besar minyak kelapa (saya guna minyak sawit)
  • Secubit himsalt
  • 1 biji telur saiz A
  • 200ml air

Cara Masak:

  1. Campur semua bahan masuk mesin pengisar. Kisar sekejap
  2. Panaskan non stick pan. Jika guna kuali biasa, sapu sedikit minyak pada kuali
  3. Tuang sedikit adunan dan pusing kan kuali membentuk bulatan
  4. Bila dah masak, boleh terbalikkan untuk masak bahagian lagi satu.
  5. Angkat dan hidangkan dengan kuah kari atau apa-apa padanan yang anda suka

Hasil lempeng ni boleh lihat di video tiktok di bawah:

@asmrdhia

Resepi Lempeng Gluten Free Lembut Sampai Petang! Guna 2 jenis tepung sahaja Boleh buat kulit popia basah juga ni. Resepi dikongsikan di Fb group resepi gluten free asmrdhia (ratusan resepi powerful ada di sana) BAHAN²: 100g tepung beras 100% 10g tepung ferubi/ubikayu 1sudu besar minyak 1 biji telur 200ml air Secubit himsalt Campur kesemua, kisar kemudian masak dalam non stick pan. Buat nipis² sedapp! Lempeng paling lembut pernah saya buat. Korang perlu cuba. Nanti jual lah menu ni kat bazar ramadhan. Sangat lembut mengalahkan gandum 🤤#glutenfree #lempeng #pancakes

♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami
Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
lempeng lembut gluten free

Resepi Lempeng Lembut Guna 2 Tepung Gluten Free


  • Author: dhia

Description

Resepi lempeng gluten free pelbagai guna. Boleh buat kuih ketayap, popia basah, popia goreng, kek crepe, roti jala


Ingredients

Units Scale
  • 100 gram Tepung beras 100%
  • 10 gram tepung ubikayu (saya guna ferubi)
  • 1 sudu besar minyak kelapa (saya guna minyak sawit)
  • Secubit himsalt
  • 1 biji telur saiz A
  • 200ml air

Instructions

  1. Campur semua bahan masuk mesin pengisar. Kisar sekejap
  2. Panaskan non stick pan. Jika guna kuali biasa, sapu sedikit minyak pada kuali
  3. Tuang sedikit adunan dan pusing kan kuali membentuk bulatan
  4. Bila dah masak, boleh terbalikkan untuk masak bahagian lagi satu.
  5. Angkat dan hidangkan dengan kuah kari atau apa-apa padanan yang anda suka

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi lempeng sedap
  • lempeng lembut dan simple
  • lempeng lembut

Saya ada buat calculation resepi Biskut Cornflakes Gluten Free guna 2 tepung. Nanti anda boleh cuba buat untuk stok raya.

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star