6 tahun yang lalu, saya pernah buat biskut cornflakes rangup cuma ianya bukanlah resepi gluten free
Bila Aali dilahirkan dan mengalami masalah ekzema dan leaky gut, kesedaran saya terbuka tentang pentingnya makanan bebas gluten. Maka, saya stop buat biskut cornflakes sebab di pasaran tiada cornflakes gluten free sehinggalah beberapa tahun ni saya jumpa biskut cornflakes gluten free.
Itupun stok terhad dan kuantiti sikit saja berbanding cornflakes biasa. Harga dua kali ganda berbanding biasa.
Tapi, ye lah, untuk jaga perut anak, maka mak-mak gigihla buatkan resepi cornflakes rangup versi gluten free.
Jika kalian buat search kat google takkan jumpa resepi biskut cornflakes gluten free sangat. Memang kurang pilihan resepi.
Buat Biskut Guna 2 Tepung Gluten Free
Tahun ni, saya buat calculation pada resepi seperti biasa. Alhamdulillah hasilnya best sangat-sangat
Rasa dia crunchy di luar, sedikit soft chewy di dalam. Review banyak di FB Resepi Gluten Free ASMRDHIA. Saya banyak berkongsi resepi di sana. Dan ianya percuma saja untuk masyarakat Malaysia cuba. Mudahan bermanfaat dan ilmunya terus digunakan sampai bila-bila.
Jika nak cuba ratusan resepi Gluten Free, boleh ke channel Cookbook Resepi GF & GFSD atau FB Resepi Gluten Free ASMRDHIA
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang