Resepi Mudah Dan Cepat Sambal Sos Udang Galah Masak Masam Manis

Dya dan team blogger lain baru je balik dari Kota Kinabalu Sabah haritu atas urusan kerja sebagai blogger. Ada pelancaran produk sisperapat kat sana.

Nanti korang bacalah kat artikel Sis Perapat Produk Untuk Keintiman Miss V Wanita

3 hari 2 malam kat KK tapi sempat jugaklah borong udang galah besar tapak tangan kat pasar besar KK. Dulu masa masih lagi stay kat Sabah, Dya selalu jugak beli sayur & bahan basah kat sini.

Tapi, kadang-kadang je sebab malas nak keluar. Haha!

udang galah besar tapak tangan besar gila

Udang galah pulak biasanya kirim dengan kawan yang singgah Beluran. Sebab kat beluran murah dan segar. Harga dalam RM25/kg camtu.

Kebetulan kat pasar besar KK ni ada jual jugak udang galah biru. Harga pun sama je macam kat beluran. Wuhuu! Heaven gileh!

Kat KL ni harga udang putih pun dah RM38 sekarang ni. Kat Sabah je seafood murah. Rindunya nak duk sana. Hehe.

Borong Banyak Udang Galah Kat KK, Sabah

Jadi, alang-alang buat kerja blog (review produk) kat Sabah ni, sambil tu borong lah 2-3 kg udang galah. Sebenarnya banyak jenis udang. Harga pun berbeza. Korang pepandailah tawar harga.

Ada jugak udang yang sama harga macam kat KL. Tapi, ada jugak udang yang harga berganda murah kat KK ni. Kena pandai bodek acik jual seafood. Hehe.

Si Neyra duk beli udang galah biru 2kg & ikan merah. Dya pulak kirim beli udang galah 2kg jugak.

Harini Neya masak Udang Galah Masak Butter satu kuali. Dya pulak masak sambal masam manis.

Satu kotak polistrin harga rm25, packing siap-siap udang. Boleh masuk 5kg bahan basah dalam tu. Nanti diorang akan letak ais sekali kat dalam.

Untuk makluman, korang boleh mintak diorang packingkan sekali untuk bawak balik naik flight. Dan kotak yang ada ikan kena hand carry. Tak boleh masuk luggage.

Sampai je KL, peti ais ngam-ngam je masukkan stok udang galah biru nih. Banyak sangat! Cukup untuk masak 3-4 kali untuk 2 orang.

Untuk masakan pertama ni, Dya terus masak udang galah masak sambal sos masam manis. Mudah dan cepat nak siap. Next mungkin masak menu butter pulak.

Resepi Mudah Dan Cepat Sambal Sos Udang Galah Masak Masam Manis

Kenapa Dya gelarkan masakan ni sambal sos masam manis? Sebab sambal ni bukan rasa pedas semata. Tapi beserta sekali rasa masam dan manis. Baru syok makan!

Resepi Mudah Dan Cepat Sambal Sos Udang Galah Masak Masam Manis

Bahan masak sambal masam manis udang:

1 biji bawang besar (dikisar)

2 biji bawang putih (dikisar)

2 sudu cili boh/cili kisar

1cm halia (dihiris)

1/2 biji tomato (belah 2)

10 ekor udang galah biru (untuk 2 orang makan)

1 biji bawang besar (dihiris bulat)

Sedikir air asam jawa

Hirisan daun limau (untuk harumkan masakan & hiasan)

3 sudu sos cili

1 sudu gula

Garam secukup rasa

Cara masak paling mudah & cepat:

  1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali
  2. Tumis bawang besar, bawang putih yang dah siap dikisar dengan sedikit air dalam blender. Masukkan sekali hirisan halia. Tumis sampai naik bau
  3. Kemudian masukkan pula cili boh ke dalam masakan. Biarkan sehingga sambal pecah minyak. Sekali sekala gaul supaya tak hangus. Masak guna api slow
  4. Masukkan sedikit air asam jawa, sos cili, garam dan gula ke dalam tumisan. Gaul rata
  5. Campak pula tomato ke dalam kuali
  6. Biarkan seketika kemudian masukkan udang galah ke dalam sambal
  7. Letak sedikit air untuk bagi udang galah masak sekata. Biarkan hingga udang masak. Masukkan sekali bawang yang dihiris bulat
  8. Gaul rata udang serta bawang hiris tersebut.
  9. Sekiranya kurang rasa, tambah saja garam, gula, sos  atau asam jawa ke dalam masakan. Ikut yang mana kurang rasa.
  10. Masak sehingga sambal sedikit kering. Udang dah siap masak boleh angkat & hidangkan
  11. Hias masakan dengan hirisan daun limau untuk bagi naik bau harum pada sambal tu
Resepi Mudah Dan Cepat Sambal Sos Udang Galah Masak Masam Manis

Rupa udang sebelum siap masak

Bahan masak sambal masam manis udang

Rupa udang galah biru dah siap dimasak & dimakan!

Resepi sambal letak sos memang confirm jilat jari. Serius sedap gileh! Masak 10 ekor udang je memandangkan udang galah biru ni besar-besar. Sorang makan 5 ekor pun dah cukup dah. Hehe.

Baca Juga Makan Sayur Bayam Bantu Naikkan HB Masa Hamil

CARIAN BERKAITAN:

  • sambal tumis udang galah simple dan sedap
  • udang galah harga murah
  • resepi sambal sos masam manis sedap gila

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment