Masak Tumis Bayam Untuk Naikkan HB, Hemoglobin Rendah Masa Hamil

Sejak kebelakangan ni Dya memang suka gila minum minuman berkafein. Kalau boleh tiap hari nak minum kopi latte, cappucino,nescafe, teh o semua.

Sebab rasa macam Ya Allah, nikmatnyaaaa tiap kali minum.

Dya memang dari dulu ketagihan kafein & benda yang boleh stop kan tabiat ni hanyalah susu kambing.

Bila minum susu kambing, terus taknak minum minuman berkafein dah. Usaha tu berjaya untuk 4 bulan camtu lah.

Lepastu tak tahan gi start minum balik. Pehh memang tak boleh stop weh! Haha.

Dalam seminggu tu boleh dikatakan setiap hari minum kopi. Kalau tak minum rasa cam tak lengkap hidup.

Susu pulak? Dya tak minum sebab tekak cam tak boleh nak minum susu. Tak sedap sangat perasaan masa tu. Haha.

Then,bila sampai masa pergi klinik cek HB, Hb terus jadi LOW!

Hemm, nyesal pulak minum kafein haritu. Sebab kesan HB low ni, Dya selalu pening kepala kaw-kaw.

Bila nurse kata kafein tu boleh menyebabkan HB low, terus tersedar habit Dya memang kerap minum kafein sebelum tu. Haha.

Balik je dari klinik, terus decide nak stop kafein!

HB low ni tak bagus. Nurse cakap kepekatan darah tu kurang. Jadi bila kurang, kurang oksigen dalam badan.

Jadi, merbahaya untuk Dya & baby nanti.

Bila dah jadi camni Dya kena naikkan balik HB ni. Start minum susu dengan kurma 3 biji setiap hari macam sebelum ni.

Masak Tumis Bayam Untuk Naikkan HB, Hemoglobin Rendah Masa Hamil

Kemudian banyakkan makan sayuran hijau contohnya bayam. Banyakkan makan makanan yang bantu naikkan Hemoglobin semasa hamil.

Antaranya hati ayam, tembikai, pisang, dll.

Masak Tumis Bayam Untuk Naikkan HB, Hemoglobin Rendah Masa Hamil

Kebetulan haritu beli sayur bayam sebab rasa macam dah lama tak makan masak tumis bayam. Jadi, gigihla masak sayur bayam harini semata nak naikkan balik HB Dya. Hehe.

Masak pun simple je lah. Korang pun mesti tau masak tumis kann?

Campak-campak je terus setel dah boleh ngapp masuk perut.

Cara Dya tumis sayur bayam macam kat bawah :

 Bahan tumis bayam:

1 biji bawang besar (dipotong halus/ditumbuk)

1 biji bawang putih (dihiris/ditumbuk)

1 batang cili besar merah (dihiris)

Seikat bayam

Garam secukup rasa

Cara tumis bayam simple:

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar/bawang putih & cili besar sampai naik bau
  2. Masukkan sedikit air ke dalam tumisan
  3. Kemudian campak secubit garam secukup rasa
  4. Masukkan pula bayam yang dah dipotong ke dalam tumisan. Tunggu hingga bayam masak. Boleh je tambah air sikit. Ikut citarasa masing-masing.

Setel. Makan dengan kari ayam & nasi putih. Saja je nak kongsi dengan korang Dya gigih makan bayam ni. Sebab nak naikkan Hb punya pasal. Lagi beberapa minggu nak kena cek HB balik weh. Fuhh.

CARIAN BERKAITAN:

  • sayur untuk naikkan hb rendah
  • cara naikkan hb semasa hamil
  • bayam bagus untuk naikkan kepekatan dalam darah

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment