Resepi Sambal Udang Masak Merah Sedap Dan Simple

Harini berbuka apa tu? Hehe. Bila tengok kat trafik blog tadi, rata-rata ramai yang nak masak sendiri kat rumah harini kan kan?

Dya masak menu biasa je. Kalau gi singgah bazar, alamatnya memang penuh la tangan kiri kanan beli makanan. Sebab rambang mata weh time bulan puasa camni. Haha!

Alah, ni pun sebab ada mood nak masak. Dah sarat macamni nak gerak sana sini dah macam penguin rasa. Tapi, walaupun sarat, larat je masak.

Cuma malas atau rajin je. Jadi, harini kita berbuka menu udang masak merah. Cicah dengan nasi putih panas masa berbuka nanti. Pehh!

Menulis je pun dah buat Dya rasa lapar. Kalau dah bau masakan jap lagi, memang kembang kempis je lah hidung ni. Hehe.

Resepi Sambal Udang Masak Merah Sedap Dan Simple

Nak masak sambal masak merah ni senang gila. Ni resepi yang Dya ambik dari mama. Beza antara masak merah dan masak sambal biasa hanya terletak pada sos je.

Resepi Sambal Udang Masak Merah Sedap Dan Simple

Kalau letak sos jadiklah masak merah tu. Kalau tak letak sos, jadi lah sambal tumis merah biasa. Hehe.

Ni resepi air tangan mama sendiri yang ramai orang request untuk buat kat kedai makan mama & masa raya biasanya.

Bahan2 sambal udang masak merah:

1 biji bawang besar (dikisar halus)

3 biji bawang putih (dikisar halus)

10 tangkai cili kering (direbus & dikisar halus)

20 ekor udang (ikut kesesuaian)

Sos cili secukup rasa

Sedikit asam jawa (campur air buang biji asam jawa)

Garam gula secukup rasa

Cara Masak Sambal Udang Simple Sedap:

  1. Kisar halus bawang besar, bawang putih, cili kering yang dah direbus dengan sedikit air
  2. Kemudian masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi. Tunggu sambal kering sedikit. Jangan sampai hangus pulak. Hehe
  3. Masukkan air asam jawa (dalam secubit asam jawa). Gaul rata
  4. Kemudian masukkan pula sos cili, garam dan gula secukup rasa
  5. Bila dah masak, masukkan pula udang ke dalam tumisan tu. Tunggu hingga udang masak
  6. Kalau nak kuah lebih, tambah je air sedikit ke dalam masakan. Garam gula, sos cili kena sesuaikan secukup rasa. Gaul dan tunggu hingga masakan sebati
  7. Boleh angkat dan hidang

Tips: make sure masak sambal tu sambal kena betul-betul masak dan pecah minyak. Kalau tak nanti boleh sakit perut kalau sambal tak masak. Dan sambal tu jugak akan cepat basi. (Ni tips dari mama)

Senang je kan nak masak merah? Hehe. Ada orang letak rempah tambahan pada masakan masak merah diorang. Ada banyak versi masak merah sebenarnya.

Tapi, stail mama Dya memang camni. Simple je tapi sedap. Cubalah & komen kat bawah kalau dah masak okay?

Jom Cuba Juga Resepi Ayam Masak Kicap Paling Ringkas Ni

CARIAN BERKAITAN

  • Masak udang simple
  • Resepi udang masak merah sedap
  • Udang masam manis
  • Resepi berbuka puasa udang sambal



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment