Resepi Simple Sardin Masak Sambal Cili Padi Campur Kentang

Teringin nak makan sambal sardin harini. Selalunya sambal sardin ni sedap nak makan dengan nasi putih panas campur sayur ulam.

Kadang tu, Dya cicah sambal sardin ni makan dengan jemput-jemput ataupun roti kosong. Korang suka makan sardin dengan apa je? Hehe.

Ingat lagi masa first time masak sambal sardin dulu. Hanyir weh! Haha. Yelah, dulu tak pandai masak. Main ikut je resepi entah dari mana-mana. Sudahnya tak jadi macam apa yang kita dah imagine sebelum tu. Sigh.

Tapi tu cerita zaman dulu-dulu la. Masa tak pandai pegang periuk belanga lagi. Haha.

Dah kahwin ni automatik pandai masak sendiri. Malah masakan tu jadi sedap gila. Perut suami pun moncit sebab selalu kena paksa makan lauk yang bini masak. Haha. Sorry husband.

Mana tak terpaksanya kalau dah lauk yang dari air tangan bini tu sedap sangat kan. Alah, kalau korang pun sama kan? Laki masing-masing mesti kalau makan bini masak memang bertambah dua kali punya.

Sudahnya perut boncit, senang hati. Orang kata rahsia pikat suami ni kena pikat perut dia dulu. Hihi.

Untuk resepi sambal sardin ni jangan risau. Takkan hanyir tapi sedap gileh! Yang penting kena ada halia & serai dalam masakan. Barula lengkap rasa sambal sardin tu nanti.

Cara buat sambal sardin ni berbeza sikit dengan Resepi Sambal Udang Galah Masak Masam Manis.

Resepi Simple Sardin Masak Sambal Cili Padi Campur Kentang

Resepi Simple Sardin Masak Sambal Cili Padi Campur Kentang

Bahan Masak sambal sardin:

1 biji bawang besar (potong dadu)

1 biji bawang besar (hiris bulat)

2 biji bawang putih (hiris)

2 tin sardin saiz kecil

5-8 tangkai cili padi

2 sudu cili boh

1/2 inci halia (hiris)

1 batang serai (diketuk)

2 biji kentang (potong 4)

sedikir air asam jawa

garam dan gula secukup rasa

Cara masak sardin simple:

  1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Biarkan kentang seketika kemudian ketepikan.
  2. Tumis pula bawang besar, bawang putih,cili,serai,halia dan cili boh
  3. Masak hingga sambal dah naik bau. Gaulkan sekali dengan kentang. Kecilkan api masak
  4. Masukkan sedikit air asam jawa,garam dan gula ke dalam masakan. Gaul rata. Tunggu hingga kentang separuh empuk
  5. Kemudian masukkan sardin ke dalam masakan.
  6. Masak sehingga kentang empuk, sardin pun siap masak.
  7. Sekiranya kuah kering tambahkan sedikit air. Perasakan masakan secukupnya
  8. Masukkan pula bawang yang dihiris bulat tadi. Gaul seketika sampai bawang masak
  9. Boleh angkat dan hidang bersama nasi panas

Senang je masak sardin sebenarnya. Bahan paling penting semestinya halia & serai. Sebab boleh hilangkan bau hanyir sardin dalam masakan.

Kalau takda dua bahan penting ni, masakan sambal sardin korang boleh bau hanyir nanti. Hehe. Selamat mencuba!

CARIAN BERKAITAN:

  • ikan sardin masak apa sedap
  • resepi simple mudah sardin masak sambal
  • cara masak sambal sardin sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment