Tauhu Begedil Homemade Isi Melimpah Rasa Lebih Sedap

Haritu Dya ada share resepi tauhu begedil homemade paling simple guna bahan yang sedia ada kat rumah.

Tapi harini, nak kongsikan satu lagi resepi baru tauhu begedil isi melimpah. Paling penting rasa dia lebih sedap & bolehla kalau nak buat jual nanti. 

Resepi Homemade Tauhu Begedil Rasa Sedap, Isi Lebih Melimpah Banyak

Dulu, yang Dya tau hanyalah kewujudan begedil kentang je. 

Rupanya begedil ada banyak jenis antaranya begedil ayam, begedil daging, begedil kentang dan paling viral tauhu begedil.

tauhu begedil kentang

Dan nak dijadikan cerita, Dya first time makan begedil kentang masa sekolah rendah dulu.

Mama masakkan begedil kentang letak lada hitam.

Lepas je makan begedil, terus demam. Sejak dari haritu, terus takut nak makan begedil. Haha!

Tapi bila dah besar, beranikan diri makan begedil semula. 

Eh, rupanya sedap & makan bertambah-tambah.

Lagi-lagi kalau masak tauhu begedil cicah sambal kicap pedas. Padu gila pergi dia..

Resepi yang ni bahan yang menambah sedap adalah bawang goreng dan saun sup daun bawang.

Tapi, kalau korang nak lagi power, tambahkan daging atau ayam cincang.

Kalau nak buat niaga, letak bawang goreng pun dah cukup sedap sangat-sangat.

Cara Mudah Buat Tauhu Begedil Isi Banyak Dan Sedap

tauhu begedil sedap viral

Tips mudah untuk masukkan isi kentang ke dalam tauhu ialah, korang kena potong tauhu bentuk X. Nanti senang je nak masukkan.

Untuk mereka yang allergy telur pulak, resepi tauhu begedil ni tak guna telur pun.

Bila goreng pun isi takkan terkeluar dari tauhu.

Bahan-bahan Tauhu Begedil Sedap:

8 Biji kentang | Potong 4 atau 6

1 sudu besar lada sulah | kisar halus

1 genggam bawang goreng

1 ikat daun sup daun bawang | ikut citarasa

1 plastik besar tauhu goreng | ada lebih 30 biji

Secubit garam

Cara Masak Tauhu Begedil Isi Melimpah Terkeluar:

  1. Potong kentang sederhana besar
  2. Panaskan minyak dalam kuali
  3. Goreng kentang tadi sehingga keperangan
  4. Angkat kentang kemudian masukkan dalam pengisar bilah besar
  5. Campurkan lada sulah, garam dan daun bawang daun sup sekali
  6. Kisar halus. Masukkan dalam bekas lain
  7. Kemudian tabur bawang goreng. Gaul rata
  8. Potong bahagian tengah tauhu goreng, bentuk X. Jangan sampai tembus belakang dan tepi tauhu.
  9. Masukkan isi kentang ke dalam tauhu. Guna sarung tangan plastik senang sikit.
  10. Panaskan minyak dalam kuali
  11. Goreng tauhu begedil hingga keperangan
  12. Angkat dan cicahla dengan sambal kicap pedas berapi. 

Senang gila masak tauhu begedil. Kos yang terlibat pun tak sampai RM10.

tauhu begedil viral murah

Resepi ni boleh dapat 30 biji tauhu begedil sebab Dya letak isi melimpah banyak sebab tamak. Haha.

Kalau korang nak jimat, tak payah masuk isi banyak sangat.

Print resepi kat bawah:

Tauhu Begedil Paling Sedap Isi Banyak

Resepi tauhu begedil ni guna bawang goreng buat rasa dia lagi padu dan sedap gila.
Prep Time15 mins
Cook Time5 mins
Course: Snack
Keyword: resepi tauhu begedil, tauhu begedil sedap
Servings: 30 biji
Cost: 10

Ingredients

Bahan Resepi Tauhu begedil Sedap:

  • 8 Biji Kentang | Potong dadu sederhana besar
  • 1 Ikat Daun bawang daun goreng | ikut citarasa
  • 1 Sudu Besar Lada Sulah | yang dah kisar halus
  • 1 Cubit Garam
  • 1 Genggam Bawang goreng

Instructions

Cara Masak Tauhu Begedil Viral:

  • Potong kentang sederhana besar kemudian goreng sehingga keperangan
  • Angkat dan masukkan dalam pengisar
  • Masukkan sekali lada sulah, garam, daun bawang daun sup. Kisar sampai kentang hancur
  • Masukkan bahan kisar tadi dalam bekas asing. Kemudian taburkan bawang goreng. Gaul rata
  • Potong tauhu goreng bentuk x (jangan sampai tembus bawah atau tepi tauhu)
  • Masukkan isi kentang tadi ke dalam tauhu goreng
  • Panaskan minyak dan goreng tauhu begedil sehingga keperangan
  • Masa goreng tu jangan lupa golekkan supaya setiap bahagian goreng rata
  • Angkat, tos minyak dan boleh la cicah dengan sambal kicap pedas

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi tauhu begedil sedap
  • cara murah buat tauhu begedil viral
  • harga tauhu begedil

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment