Review Sup Urat Keting, Tempat Makan Best Di Bangi

Soalan paling susah kat dunia “nak makan kat mana”. Hah. Bila dah masuk bab ni, janganla korang tanya Dya nak makan kat mana, nak makan apa.

Memang sampai tahun depan tak dapat jawapannya. Benda ni selalu jadi masalah kami laki bini tiap kali nak makan kat luar. Haha!

Haritu pun takda idea nak masak apa kat rumah. Last-last Dya hentam masak Sambal Sardin Simple Cepat Siap. Sedap gak makan dengan nasi putih. Hehe.

Sedangkan banyak je tempat makan best kat luar tu. Dya & suami memang kalau dah suka satu kedai tu, akan setia ke kedai tu je. Tapi lama-lama rasa bosan jugak. Kan?

So, harini sesaja gi Bangi nak cari makanan. Gigih weh buat kajian kat blog. Kat mana laa yang sedap & best makan kat Bangi ni.

Ada beberapa saranan antaranya ana ikan bakar petai, dkenali, etc. Tapi kedai yang tersenarai ni bukak pukul 5 petang ke atas.

Kebulor la jawabnya kalau ko tahan makan tengahari semata nak tunggu kedai tu bukak.

Review Sup Urat Keting, Tempat Makan Best Di Bangi

Jadi, penyelesaiannya Dya buat lagi research lain. Sampailah terjumpa info kat blog pasal kedai makan Sup Urat Keting Bangi.

Review Sup Urat Keting, Tempat Makan Best Di Bangi

Sebenarnya Dya tak tau urat keting tu ape benda. Jadi, lepas berjam-jam mencari tempat makan, hentam je lah cari kedai sup urat keting ni.

Lokasi sup urat keting ni korang search je kat google maps “sup urat keting”. Tapi jangan pilih yang bangi gateway.

Entah sapa lah pedajal arah maps kedai ni ke bangi gateway sana. Berpusing kitorang mencari. Haih. Korang nanti cari guna nama kat mapsĀ sup urat keting seksyen 7 bangi okay?

Keting pun keting lah. Janji perut ni kenyang sebab da kebulor sangat rasa. Haha!

First Impression bila Masuk Kedai?

Cuaca harini panas gila! Serius panas lit-lit rasa weh. Sampai je kat kedai, first impression Dya, kedai ni stail macam kedai mamak. Terletak kat corner lot, guna perabot macam kedai mamak.

Cuma bezanya menu dia ada lauk campur & paling special sup urat keting diorang. Ada dalam 10 jenis sup yang ada jual kat kedai makan ni.

Review Sup Urat Keting, Tempat Makan Best Di Bangi

Menu Sup Kat Kedai Makan Sup Urat Keting

Antara menu kat sini:

  1. Sup urat keting
  2. Sup ekor
  3. Sup tulang
  4. Sup daging
  5. Sup campur
  6. Perut muda air asam
  7. Sup perut
  8. Sup ayam
  9. Sup tulang + perut
  10. Sup seafood

Jadi, disebabkan Dya tak tau urat keting tu cemana rupa, Dya order terus sup campur! Haha.

Laki kita pulak duk order sup daging panas. Kemudian, memasing ambik nasi campur untuk makan sekali.

Menu Lauk Campur Apa Je Ada?

Ala, menu berlauk sama je macam kedai-kedai lain. Ada masak lemak,asam pedas, ulaman, sambal belacan, kari, etc.

Sedap Tak Sup Campur Tu?

Sampai je mangkuk sup atas meja. Benda first Dya hirup adalah kuah dia. Haha! Untuk sup campur, rasa sup dia memang kena dengan tekak Dya.

Sebab Dya suka sup yang ada rasa masam-masam sikit.

Menu pilihan Dya: Nasi putih + ulam + sambalĀ  belacan + sup campur

Review Sup Urat Keting, Tempat Makan Best Di Bangi

Menu sup campur (pilihan Dya)

Si suami pilih sup daging pedas & agak berbeza sikit rasa dia. Agaknya sebab diorang letak sambal kot? Jadi, menu yang ni kurang memikat tekak Dya.

Kalau sup campur pulak memang licin Dya kerjakan. Kedua-dua sup daging lembut gila. Tak liat pun. Jadi senang la nak makan. Tak terselit sana sini.

Biasanya makan kat kedai lain, sup daging confirm liat weh! Tapi, kat sini daging dia lembut. Puasla makan.

sup daging pedas bangi

menu sup daging pedas (tak berapa suka rasa sup dia. mungkin sebab campur sambal, rasa sup jadi lain)

Harga Makan Tengahari Kat Kedai Sup Urat Keting

Bagi Dya harga makan kat sini agak pricey jugak. Sebab suami ada ambil lauk ikan pari asam pedas. Seketul besar dalam RM8.70 termasuk nasi. Kalau kat kawasan bandar ni memang harga standard lah sebab ikan sekarang mahal gila kat pasar.

Jadi, kalau korang rasa cam nak santai sekali-sekala lepak sini memang best. Sebab kedudukan kat corner lot rasa nyaman bila angin lalu lalang. Boleh buat tempat lepak sambil hirup sup.

harga asam pedas sup urat keting bangi

Harga Keseluruhan Untuk Makan Tengahari

Menu:

Sup campur = RM13

Nasi + ulam + balacan = RM2

Sup daging = RM6.5

Nasi + Ikan pari = RM8.70

Jus tembikai = rm3.20

Ais kosong = RM0.20

TOTAL = RM33.60 untuk dua orang makan

Pendapat keseluruhan Dya puas hati dengan kelembutan daging, rasa sup campur yang masam-masam tu. Next time kalau tetiba teringin makan sup daging lembut, kedai ni jadi pilihan Dya.

Cuma pilihan Dya adalah sup yang tak tambah sambal dalamnya. Hehe.

 



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment