Resepi Ayam goreng Kunyit Rangup Macam Khairul Aming

Masak paling senang nak buat semestinya ayam goreng kunyit rangup.

Campak-campak je siap! Memang simple sangat.

ayam goreng kunyit sedap
ayam goreng kunyit

Cuma haritu Dya ada tengok resepi khairul aming, dia ada letak sambal sekali dalam menu ayam ni.

Sajala nak cuba jugak, makan dengan nasi panas-panas. Fuh, memang bertambah-tambah.

Goreng Ayam Kunyit Rangup Resepi Khairul Aming

Cuma dalam resepi ni, Dya tak tiru cara khairul aming yang goreng bahan sayur dalam minyak yang banyak.

Sebabnya, nanti sayur tu hilang khasiat dia. Dan Dya tak suka masakan jadi terlampau berminyak sangat.

Dan dalam resepi ni, Dya letak tepung jagung jugak. Ikut stail khairul aming.

Tapi, next time mungkin Dya tak letak tepung sebab rasa kunyit tu berkurangan sikit jadi nya.

Bahan-bahan penting:

  • 2 ketul dada ayam | potong dadu
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 biji Bawang besar | potong 8
  • 2 biji bawang putih | pecahkan
  • Kacang panjang
  • Carrot | potong panjang2
  • Secubit garam

Cara Goreng Ayam:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Gaul rata. Campur sekali tepung jagung.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng garing ayam. Angkat dan tos
  3. Kemudian masukkan dlm 3 sudu minyak goreng tadi ke dalam kuali.
  4. Tumis bawang, bawang putih, carrot, kacang panjang sekejap. Nak letak cili pun boleh.
  5. Masukkan ayam tadi, gaul rata.
  6. Jika rasa kurang, tambah garam sikit ataupun serbuk perasa secukupnya.
  7. Kemudian angkat dan tos masakan sekiranya ada terlebih minyak
  8. boleh hidang dengan nasi panas.

Resepi ni serius simple dan mudah je nak buat. Campak je bahan, dah siap.

Untuk orang bujang kalau tak tau nak masak apa, dan nak cepat.

Haa, resepi ayam goreng kunyit ni paling cepat masak.

Bahan yang digunakan pun simple dan tak renyah.

Okla kan, nak kejar masa kita masak simple je.

Bukan student je kejar masa. Surirumah macam Dya pun kejar masa jugak.

Kena masak cepat sebab Baby Aali ni banyak sangat perangai buat itu ini. Haha.

Jom Cuba Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Print resepi di bawah:

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
ayam goreng kunyit simple

Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup


  • Total Time: 30 minutes
  • Yield: 2 1x

Ingredients

Scale

Bahan2 ayam goreng kunyit:

  • 2 ketul dada ayam (| potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (| potong 8)
  • 2 biji bawang putih (| pecahkan)
  • Kacang panjang (| potong panjang)
  • carrot (| potong panjang)
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 sb serbuk kunyit
  • secubit garam

Instructions

Cara Masak Ayam Kunyit:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Gaul rata. Campur sekali tepung jagung.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng garing ayam. Angkat dan tos
  3. Kemudian masukkan dlm 3 sudu minyak goreng tadi ke dalam kuali.
  4. Tumis bawang, bawang putih, carrot, kacang panjang sekejap. Nak letak cili pun boleh.
  5. Masukkan ayam tadi, gaul rata.
  6. Jika rasa kurang, tambah garam sikit ataupun serbuk perasa secukupnya.
  7. Kemudian angkat dan tos masakan sekiranya ada terlebih minyak
  8. Dah boleh hidang dengan nasi panas.
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 15 minutes
  • Category: Main Course
  • Cuisine: Mediterranean

Keywords: ayam goreng kunyit, resepi viral khairul aming

CARIAN BERKAITAN:

  • Ayam goring kunyit sedap
  • viral ayam kunyit
  • resepi ayam goreng kunyit biasa

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star