Resepi Ikan Haruan Masak Sambal Berlado

Bila kena duduk rumah disebabkan PKP ni dah lebih sebulan, memang tepu kepala fikir nak masak apa. Dya fikir, masak jelah simple ikan haruan masak berlado. Senang. Kan?

Goreng ikan, tumbuk-tumbuk, tumis, gaul. Siap!

Lepastu cicah nasi panas-panas. Ratah pulak dengan ulam raja.

Uii, dia punya nikmat tu memang lengkap sangat rasanya.

Kalau korang dah buntu tak tau nak makan apa harini, cubalah resepi haruan masak berlada ni okay?

Resepi Cara Masak Haruan Berlado Sambal Simple

Cara nak masak simple je. Jom cuba.

Bahan penting masak berlado

Bahan-bahan Ikan haruan Berlado:

  • 3 ekor ikan haruan | potong 2 atau 3 bahagian
  • 3 Biji bawang putih | ditumbuk
  • 2 biji bawang besar | ditumbuk
  • 1 inci belacan | dibakar dan ditumbuk
  • 1 atau 2 genggam cili padi | ditumbuk

Cara Masak Sambal Berlado Mudah:

  1. Lumurkan ikan haruan dengan serbuk kunyit dan secubit garam. Kuantiti serbuk kunyit tu agak-agak je. Dalam sesudu lebih..
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Kemudian goreng ikan haruan hingga sedikit kering atau garing.
  4. Dah masak angkat dan toskan
  5. Kemudian, guna minyak yang sama, kita tumis bahan tumbuk. Tapi, sebelum tu buang minyak tu dulu. Tinggalkan dalam 2 aytau 3 sudu minyak je kat kuali.
  6. Tumis bahan tumbuk sampai naik bau
  7. Masukkan gula dan garam secukup rasa
  8. Last sekali, masukkan haruan goreng tadi dan gaul rata.
  9. Angkat dah boleh makan dengan nasi panas. Fuhh meletop!

Biasanya Dya lebih suka makan masak berlado dengan nasi putih kosong sahaja.

Tambah ulaman macam timun jepun sebijik.

Tu pun dah cukup sedap sangat-sangat. Tak perlu tambah lauk lain.

Orang kata haruan ni bagus untuk rawat luka dalaman. Kecuali yang baru lepas bersalin lah.

Kalau bersalin secara ceaser, tak digalakkan makan haruan sebab nanti lapisan perut melekat-lekat kalau tak silap.

Kalau sekadar luka biasa yang bukan berkaitan bersalin, bagi Dya sangat digalakkan sebab haruan ni akan percepatkan lagi proses sembuh luka kita tu nanti. Hehe.

Jom cuba masak Ayam Paprik Ala Thai

Rupa haruan sebelum digoreng

CARIAN BERKAITAN:

  • ikan haruan berlada
  • Resepi ikan haruan
  • Cara Masak sambal berlado simple mudah

Boleh juga cuba masak Mee Goreng Basah Paling Senang

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment