Resepi Ikan Kembong Masak Asam Pedas Kuah Sedap

Antara makanan kegemaran Dya dan suami semestinya asam pedas. Haritu balik kampung kejap, mama masakkan jenahak asam pedas. Sedapnyaa lahai.

Kalau kat rumah sendiri, Dya suka masak asam pedas ikan kembong. Sebab rasa ikan ni manis. Dan biasanya Dya akan pilih ikan saiz sedang atau kecik je bila beli ikan kat pasar. Sebab, kalau kita masak asam pedas guna ikan saiz besar, rasa dia tak berapa sedap.

Resepi Ikan Kembong Masak Asam Pedas Kuah Sedap

Makin besar ikan, makin kurang rasa manis daging ikan tu. Jadi, kalau korang nak masak asam pedas ikan ada baiknya beli ikan saiz comel molek je. Barulah sedap nak makan sampai dua pinggan. Kan? Haha.

Jadi, alang-alang masak ikan kembong asam pedas harini. Saja nak kongsi dengan korang resepi Dya. Senang je masaknya. Campak-campak je terus jadik. Hehe.

Resepi Ikan Kembong Masak Asam Pedas Kuah Sedap

Bahan-bahan masak ikan kembong asam pedas:

1 biji bawang (dikisar)

2 biji bawang putih (dikisar)

10 tangkai cili kering (direbus, tos air & dikisar)

3-4 biji terung bulat ( belah ikut suka )

4 ekor ikan kembong (Saiz sederhana)

Daun kesum (ikut suka nak banyak mana)

1 mangkuk kecil air asam jawa

Sedikit air untuk kuah asam pedas

Garam dan gula secukup rasa

Secubit serbuk kunyit

Cara Masak kembong masak asam pedas kuah sedap:

  1. Kisar bahan kisar (bawang,bawang putih,cili kering) dengan sedikit air. Kisar halus
  2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi dan biarkan bahan tumisan masak seketika.
  3. Jangan lupa letak secubit kecil serbuk kunyit juga. Sikit je tak payah banyak. Tujuan untuk hilangkan sikit bau hanyir ikan.
  4. Dah kering sikit, masukkan air asam jawa ke dalam masakan. Masukkan juga air kosong sebagai kuah asam pedas
  5. Masukkan pula terung yang dah siap dipotong. Biarkan dalam seminit
  6. Kemudian masukkan pula ikan serta daun kesum. Daun kesum tu diikat simpul.
  7. Jika kurang masam, boleh letak asam keping ataupun air asam jawa.
  8. Letak juga gula dan garam secukup rasa.
  9. Tunggu sehingga masakan masak dengan sekata. Rasa sebati, kemudian angkat dan hidangkan.

Siap je masak dah boleh hidang dengan nasi panas. Lawan makan dengan timun jepun. Peh. Segar je rasa. Bau daun kesum tu yang paling penting sekali. Masakan akan berbau wangi & Dya akan ratah sekali makan daun kesum tu. Sedap weh!

Kalau korang nak letak bunga kantan pun boleh. Sebab ada orang masak letak bunga kantan. Tapi, Dya lagi suka daun kesum. Sedap sangat bau dia. Dan macam biasa, encik suami akan makan bertambah bila dah mula masak setiap kali dia balik dari kerja. Hehe.

Musim panas cenggini sekali sekala, apa kata cuba minum ABC masa tengahari terik tu. Makan lauk asam pedas sulam ABC. Pehh, rasa sedap je badan nanti.

CARIAN BERKAITAN:

  • asam pedas ikan kembung simple
  • resepi asam pedas simple
  • resepi asam pedas johor



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment