Resepi termudah terpaling simple nak buat semestinya cornflakes madu gluten free.
Dah bertahun saya buat cornflakes madu tapi sebelum ni guna cornflakes gluten (zaman dulu2)
Kat pasaran dah ada brand yang jual cornflakes gluten free. Tapi harga agak premium sedikit, RM20+ untuk 350gram macamtu.
Tapi, daripada bagi anak makan cornflakes madu gluten kat rumah orang, baik kita buat sendiri versi lebih baik untuk anak
Saya guna brand coles kotak hijau. Boleh tengok video tiktok bawah ni:
Cara nak buat cornflakes madu mudah sangat:
- 200g cornflakes Gf
- 100g pure butter
- 4sb madu asli
- 1/4tsp vanilla powder
- 80g gula pilihan (nak kurangkan pun boleh)
- Sprinkles gf untuk hiasan
- Secubit himsalt
- Cairkan Butter, gula, madu, himsalt. Masak guna api slow. Gaul rata hingga larut sebati
- Tunggu suam baru masukkan cornflakes secukupnya. Gaul rata
- Masuk cup. Hias sprinkle jika mahu
- Bakar 150°c 11 minit api atas sahaja jika taknak bawah melekat. Atau api atas bawah jika nak cornflakes melekat atas bawah.
Suhu dan waktu bakar bergantung perangai oven masing-masing ya.
Resepi ni high Glisemik Indeks. Tak sesuai untuk mereka yang ada masalah insulin resistant. Makan berpada-pada ya
Resepi Cornflakes Coklat Tanpa Bakar
CARIAN BERKAITAN:
- resepi cornflakes madu
- cornflakes madu gluten free
- resepi cornflakes madu sukatan cawan
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
PrintCornflakes Madu Gluten Free
Ingredients
- 200g cornflakes Gf
- 100g pure butter
- 4sb madu asli
- 1/4tsp vanilla powder
- 80g gula pilihan (nak kurangkan pun boleh)
- Sprinkles gf untuk hiasan
- Secubit himsalt
Instructions
- Cairkan Butter, gula, madu, himsalt. Masak guna api slow. Gaul rata hingga larut sebati
- Tunggu suam baru masukkan cornflakes secukupnya. Gaul rata
- Masuk cup. Hias sprinkle jika mahu
- Bakar 150°c 11 minit api atas sahaja jika taknak bawah melekat. Atau api atas bawah jika nak cornflakes melekat atas bawah.
Notes
Suhu dan waktu bakar bergantung oven masing-masing