Resepi Biskut Cornflakes Rangup Sukatan Cawan Mudah Sedap

Dya lambat sikit siapkan biskut cornflakes rangup sedap kalini. Sebab seminggu pertama memang pergi beraya dulu.

Biasalah, buat biskut raya last minit camnilah jadinya. Hihi.

resepi biskut cornflakes

Jumpa Resepi Biskut Cornflakes Rangup, Sedap, Mudah Sukat Guna Cawan

Masa first time buat biskut cornflakes, Dya rujuk sumber dari blog-blog masakan yang ada. 

Tapi, rupanya tak semua blog bagi resepi yang menjadi. Sigh.

Mana taknya, first time buat, biskut bau hanyir telur, keras sikit & tak berapa sedap sebab bau telur kuat.

Terus Dya buang semua doh tu. Membazir rasa, tapi biskut tu jadi tak sedap gila lepas masak. Menyesal follow resepi orang yang tak menjadik. 

Round kedua buat, Dya cuba resepi lain, alhamdulillah menjadi sangat biskut cornflakes nya.

biskut cornflakes sedap

Bahan yang digunakan pun takdalah renyah. Nak sukat pun guna cawan je.

Senang gila!

Resepi yang Dya sharekan dengan korang ni memang dah passed tahap kesedapan dia.

Memang biskut cornflakes jadi rangup, wangi, sedap dan paling penting senang nak buat.

Korang patut cuba resepi ni sebab Dya dah makan lebih 10 biji dah ni. Punya sedap rasa biskut dia.

Risau pulak nanti orang datang beraya tak sempat nak merasa. Haha!

Resepi Biskut Cornflakes Rangup

bahan biskut cornflakes rangup

bahan-bahan biskut cornflakes rangup

cara buat biskut cornflakes

Step 1 biskut cornflakes

biskut cornflakes

Step 2 biskut cornflakes

biskut cornflakes rangup chef wan

step 3 biskut cornflakes

biskut cornflakes sedap

Step 4 biskut cornflakes

biuskut cornflakes rangup

step 5 biskut cornflakes

biskut cornflakes sukatan cawan

Step 6 biskut cornflakes

hasil selepas biskut dibakar

Hasil biskut cornflakes lepas dibakar.

Senang je nak buat rupanya. Boleh repeat buat biskut raya untuk tahun depan pulak.

Plan nak buat banyak biskut raya tahun ni, tapi tak sempat. Sempat siap dalam 4 jenis je.

Cuba Buat Resepi Biskut makmur Cair Dalam Mulut

Owh kalau korang nak print resepi, boleh tekan button print kat bawah ni:

Sukatan 1 cawan ikea jenis stelna mug = 230gram

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
biskut cornflakes rangup

Resepi Biskut Cornflakes Rangup Sedap


  • Total Time: 50 minutes
  • Yield: 70 biji 1x

Description

Resepi ni memang menjadik. biskut cornflakes rasa sedap, rangup & wangi bau dia


Ingredients

Scale

Bahan-bahan biskut cornflakes rangup:

  • 1 3/4 Cawan Tepung gandum (| 1 cawan = 230g)
  • 1/4 Cawan Tepung jagung
  • 1/2 Sudu Teh Baking powder
  • 3/4 Cawan Gula kastor (| saya guna gula biasa, blend halus)
  • 200 Gm Butter
  • 1 Sudu teh Esen vanilla
  • 1 Biji Telur (| ambil kuningnya sahaja)

Instructions

Cara Buat Biskut Cornflakes Rangup Sedap:

  1. Putar gula dan butter selama 5 minit. Putar guna whisk atau pemutar kek
  2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila, putar rata
  3. Masukkan bahan putaran tadi ke dalam satu bekas.
  4. Campurkan tepung jagung, tepung gandum & baking powder. Gaul rata. Doh akan jadi lembut sedikit
  5. Ramas kasar conflakes dan masukkan ke satu bekas asing
  6. Kemudian, doh tadi bulatkan dalam lebih kurang secubit atau satu sudu kecil
  7. Letak atas cornflakes dan golekkan. Tekan sedikit biar jadi bentuk leper dan cornflakes senang melekat. (Tak perlu buat bentuk besar sangat sebab biskut akan mengembang masa bakar nanti)
  8. Susun atas dulang pembakar. Bakar dengan suhu 150° selama 20 minit (bergantung pada oven masing2)
  • Prep Time: 30 minutes
  • Cook Time: 20 minutes
  • Category: Dessert

Keywords: biskut cornflakes

🍪TIPS NAK TAU BISKUT DAH MASAK
  • Cek belakang biskut tu.
  • Kalau macam dah warna keperangan dah masak la jawabnya.
  • Kalau masih putih maknanya belum masak lagi.
  • Kalau dah warna coklat gelap maknanya dah hangus. Hhehehe.

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

44 Comments

  1. Lynda CG March 27, 2020
  2. Liza April 19, 2020
    • dhia April 19, 2020
  3. Siti April 25, 2020
    • dhia April 26, 2020
  4. Naddyayay April 26, 2020
  5. habibah abdullah April 26, 2020
    • dhia April 26, 2020
  6. Shamsiah April 28, 2020
    • dhia April 29, 2020
  7. Ramona Rahman May 1, 2020
    • dhia May 2, 2020
  8. Liza May 2, 2020
    • dhia May 2, 2020
      • Najwa May 12, 2020
        • dhia May 13, 2020
  9. Lucy May 2, 2020
    • dhia May 2, 2020
  10. Amy May 7, 2020
    • dhia May 7, 2020
  11. Azura May 11, 2020
    • dhia May 13, 2020
  12. Najwa May 12, 2020
  13. Defika May 13, 2020
    • dhia May 13, 2020
  14. Nurul May 15, 2020
  15. ina May 15, 2020
    • dhia May 16, 2020
      • lina May 20, 2020
  16. Rita Kusmadewi Bt M.Machrus May 17, 2020
    • dhia May 23, 2020
  17. lina May 20, 2020
    • dhia May 23, 2020
  18. morni liling December 23, 2020
  19. Aldawiyah May 9, 2021
    • dhia May 20, 2021
  20. Nurul Nabila June 20, 2021
    • dhia June 27, 2021

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star