Cornflakes Madu Gluten Free

Resepi termudah terpaling simple nak buat semestinya cornflakes madu gluten free.

cornflakes madu

Dah bertahun saya buat cornflakes madu tapi sebelum ni guna cornflakes gluten (zaman dulu2)

Kat pasaran dah ada brand yang jual cornflakes gluten free. Tapi harga agak premium sedikit, RM20+ untuk 350gram macamtu.

Tapi, daripada bagi anak makan cornflakes madu gluten kat rumah orang, baik kita buat sendiri versi lebih baik untuk anak

Saya guna brand coles kotak hijau. Boleh tengok video tiktok bawah ni:

@asmrdhia

cornflakes Gluten Free tapi bukan sugar free. Bukanlah pilihan betul² sihat, tapi Pilihan ni lebih ok berbanding kebanyakan cornflakes di pasaran. sebab yang dalam ni bebas dari gluten Kekurangan, ianya masih menggunakan gula yang saya tak pasti gula apa. Tapi brand pilihan saya, ambil yang paling sikiiit kandungan gula di dalam, 1.5g saja per serving dan ianya dimakan hanya bila teringin sahaja. Tak sesuai untuk yang nak diet, sebab carbs tinggi. Yang lain walaupun gluten free, per serving gula 3g ke atas Kalau nak betul² pilihan sihat, kena buat cornflakes homemade. Kita boleh kawal apa bahan yang kita nak letak untuk hasilkan cornflakes #resepitiktok #glutenfree #cornflakes #tiktokfood #glutenfreerecipes

♬ girls like me don’t cry (sped up) – thuy
Cornflakes ni saja yang gluten free dan low sugar, 1.5g per serving berbanding jenama lain agak tinggi dalam 4-5g per serving. Tapi terpulang pada citarasa masing-masing.

Cara nak buat cornflakes madu mudah sangat:

  • 200g cornflakes Gf
  • 100g pure butter
  • 4sb madu asli
  • 1/4tsp vanilla powder
  • 80g gula pilihan (nak kurangkan pun boleh)
  • Sprinkles gf untuk hiasan
  • Secubit himsalt
  1. Cairkan Butter, gula, madu, himsalt. Masak guna api slow. Gaul rata hingga larut sebati
  2. Tunggu suam baru masukkan cornflakes secukupnya. Gaul rata
  3. Masuk cup. Hias sprinkle jika mahu
  4. Bakar 150°c 11 minit api atas sahaja jika taknak bawah melekat. Atau api atas bawah jika nak cornflakes melekat atas bawah.

Suhu dan waktu bakar bergantung perangai oven masing-masing ya.

Resepi ni high Glisemik Indeks. Tak sesuai untuk mereka yang ada masalah insulin resistant. Makan berpada-pada ya

Resepi Cornflakes Coklat Tanpa Bakar

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi cornflakes madu
  • cornflakes madu gluten free
  • resepi cornflakes madu sukatan cawan

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
cornflakes madu

Cornflakes Madu Gluten Free


  • Author: dhia

Ingredients

Units Scale
  • 200g cornflakes Gf
  • 100g pure butter
  • 4sb madu asli
  • 1/4tsp vanilla powder
  • 80g gula pilihan (nak kurangkan pun boleh)
  • Sprinkles gf untuk hiasan
  • Secubit himsalt


Instructions

  1. Cairkan Butter, gula, madu, himsalt. Masak guna api slow. Gaul rata hingga larut sebati
  2. Tunggu suam baru masukkan cornflakes secukupnya. Gaul rata
  3. Masuk cup. Hias sprinkle jika mahu
  4. Bakar 150°c 11 minit api atas sahaja jika taknak bawah melekat. Atau api atas bawah jika nak cornflakes melekat atas bawah.

Notes

Suhu dan waktu bakar bergantung oven masing-masing

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star