Resepi Sayur Campur Brokoli Udang Meriah Betul

Harini terasa meriah pulak dalam satu masakan sayur campur ni. Ada brokoli, udang, carrot, lengkap pelbagai warna. Hehe.

Iklan
sayur campur brokoli
sayur campur brokoli udang

Dya pernah tertengok ig story YM Che Puan Khaleeda, katanya bila nak makan dia lebih suka makanan tu colourfull.

Sebab badan kita ni umpama lukisan. Bila colourfull baru hasilnya cantik. Macamtu lah lebih kurang maksudnya.

Sebab kalau kita tengok body che puan, cantik gila walaupun dah ada anak tiga.

Pemakanan memang dijaga betul.

Jadi, tak salah rasanya nak cantik kan lauk dengan pelbagai warna makanan.

Silap haribulan badan pun akan jadi cantik sihat nanti. Hihi.

Cara nak buat semudah ABC. Jom kita start.

Resepi Sayur Campur Sedap :

Bahan-bahannya:

  • 1 biji Bawang merah | dihiris tebal
  • 3 ulas bawang putih | diketuk
  • 1 inci halia | dihiris
  • carrot/lobak merah | hiris bulat, ketebalan ikut suka
  • Daun bawang | potong panjang
  • Kacang buncis | potong panjang
  • Cili merah | dihiris
  • Ayam | potong kecil
  • Fishball | belah 2
  • Cili padi | dihiris, kuantiti ikut suka
  • Brokoli
  • Udang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1sk sudu tepung jagung campur air, gaul rata

Cara Masak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Anggaran minyak 1 senduk kecil
  2. Tumis halia, bawang merah, bawang putih hingga naik bau
  3. Kemudian masukkan udang, masak hingga bertukar warna oren
  4. Masukkan ayam. Gaul rata.
  5. Biarkan seketika ayam sampai masak.
  6. Kemudian masukkan semua bahan yang lain kecuali air tepung jagung & daun bawang
  7. Gaul rata dan perasakan secukupnya
  8. Bila semua bahan dah masak helok, masukkan daun bawang, kemudian siram air jagung untuk pekatkan sikit kuahnya.
  9. Gaul rata. Dah siap masak boleh angkat.

Kuantiti bahan tu ikut pada kita. Kalau nak masak banyak, lebihkan. Kalau nak masak untuk makan bujang je, letak sikit-sikit. Hehe.

Tips: kalau nak lagi best, letak sos tiram dan blackpepper sikit dalam masakan. Fuh. Power!

Senang kan?

Campak-campak terus jadi. Bila buat artikel masa berpuasa ni. Perut siap berkeroncong tengok gambar makanan. Haha.

Sedapnya lahai.

Selamat berbuka puasa semua.

Nanti esok lusa, kita masak lauk nasi ayam penyet pulak.

CARIAN BERKAITAN:

  • sayur campur brokoli udang
  • resepi sayur campur sedap
  • sayur campur berkuah

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment