Apa Rasa Fresh Seafood Bagan Lalang, Restoran Bayu Malam

Tekak memang betul-betul teringin seafood sekarang nih. Teringat2 masa duduk Sabah dulu, memang syurga seafood sebab murah weh!

Dah tu kat Semenanjung terus buntu kat mana nak makan seafood sedap. Sebab kalau kat Sabah bukan je murah, malah sedap gila-gila.

Apa Rasa Fresh Seafood Bagan Lalang, Restoran Bayu Malam

Husband bagi cadangan makan kat Bagan Lalang. Memula dengar macam.. Kat mana tu? Sedap ke? Ada tak menu yang aku suka?

Sebab kalau jumpa seafood, Dya suka order menu udang rebus, udang butter kering, ketam kam hiong, sayur manis tumis. Haa menu ni memang wajib.

Sebelum nak gerak ke Bagan Lalang ni, dalam hati fikir ada ke orang masak sedap macam aku rasa kat Sabah dulu?

Sebab kat semenanjung susah nak cari kedai makan yang masak sedap. Haha! Tapi, sebab dah ngidam sangat, gigihkan diri gerak ke Bagan Lalang yang ambil masa sejam perjalanan dari rumah.

Fuhh. Memalam sanggup gi makan kat tempat jauh.

Sampai je kat Bagan Lalang, ada banyak restoran. Sudahnya keliru nak makan kat mana. Sebab tak tau mana satu yang best.

Tak Tahu Restoran Mana Paling Sedap Kat Bagan Lalang

Jadi penyelesaiannya kitorang duk google lah kat kedai mana satu masak seafood sedap kat Bagan Lalang ni.

Duk google, terjumpalah seketul dua info pasal restoran kat sini. Kitorang pilih restoran bayu malam. Tak banyak info yang kitorang dapat. Tak ramai orang review kat blog memasing agaknya.

Kat gambar bawah ni ada tulis Restoran Bayu Malam bukak pukul berapa setiap hari.

Fresh Seafood Bagan Lalang, Restoran Bayu Malam

Tak tahu cemana rasa kesedapan kat kat sini. Tapi redah jelah. Perut dah bising malas dah nak cari tempat lain.

Sampai je kat sini terus gi tempat seafood and duk pilih. Harga dia boleh tahan weh. Tak silap 100gm udang RM10 kot. Kalau kat Sabah, sekilo baru RM35 siap masak! Peh jauh beza. Haha!

Fresh Seafood Bagan Lalang, Restoran Bayu Malam

Bila tengok menu yang ada, ikutkan seafood kat sini bukan kategori fresh. Tapi kira kategori biasalah. Yang jenis sejuk beku punya.

Kalau kat Restoran Gayang Sabah. Peh, semua fresh dari aquarium!

Saya ambik sotong & udang. Ada jugak request tukang masak buat udang rebus je. Tapi katanya nanti orang cakap diorang tak pandai masak pulak sebab rebus je. Hehe.

Tapi, dalam hati dah bisik “aku suka makan udang rebuslah. Sedap je aku makan kat Sabah dulu. Ramai orang suka menu tu kot”. Tapi cakap dalam hati je lah.

Sebab selera orang duk semenanjung ni lain berbanding orang kat Sabah. Disebabkan saya dah duduk sabah 5 tahun, taste udang rebus tu memang sedap sebab udang fresh kan. Makan ratah camtu je. Pehh tengah menulis pun dah terliur ni!

Menu udang rebus tak dibuat, jadi diorang sarankan masak udang steam tapi ada kuah. Lapar punya pasal OK kan je lah. Hehe. Sampai je menu, ni rupa udang tadi:

Fresh Seafood Bagan Lalang, Restoran Bayu Malam

Udang steam berkuah bagan lalang

Mmm..oklah. Dah order telan je lah. Orang kalau dah ngidam ni mulut dia lain sikit. Jadi, bila lain dari apa yang dibayangkan, terkulat-kulat la duk perabis udang steam ni.

Eh bukan tu je menu yang saya order. Ada 3 menu lagi:

Fresh Seafood Bagan Lalang, Restoran Bayu Malam

Sotong goreng tepung bagan lalang

Kalau nak rasa masakan lain, cuba rasa Asam Laksa Paling Sedap Kat Melaka

Fresh Seafood Bagan Lalang, Restoran Bayu Malam

Kailan ikan masin bagan lalang

Fresh Seafood Bagan Lalang, Restoran Bayu Malam

udang butter kering bagan lalang

Ok untuk menu udang butter kering, sotong goreng tepung memuaskan hati saya. Sedap! Udang pun besar-besar. Puas makan. Habis makan gi bayar total adalah dalam RM100+ untuk 2 orang makan. Fuhh. Jauh beza banding kat Sabah dulu.

Oklah pasni nak makan seafood kita gi sabah je lah. Haha!

Tapi kalau dah teringin sangat makan seafood, korang makan kat Bagan Lalang pun okay. Hehe.

CARIAN BERKAITAN:

  • Bagan lalang restoran bayu malam
  • Ikan bakar bagan lalang 2017
  • Makan tengahari bagan lalang
  • bagan lalang seaview restaurant

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

3 Comments

  1. kishen sretheran February 25, 2019
  2. Shams October 30, 2021
    • dhia November 17, 2021

Add Comment