Bulan lepas kalau korang ikuti artikel di Sedapfood ni, Dya memang tengah dalam misi mencari ayam penyet yang sedap kat Malaysia ni.
Jadi, untuk vlog kedua Dya cuba rasa menu ayam penyet kat Restoran ayam penyet AP. Dah banyak kali makan ayam penyet AP sebenarnya.
Bergantung pada lokasi restoran, ada cawangan yang sediakan hidangan ayam penyet yang superb! Tapi, ada juga yang tak berapa memuaskan hati lah.
Kalini Dya cuba rasa menu ayam penyet kat GM Klang. Ye wakk, tempat borong barang niaga tu hah. Dah alang-alang kebulor, gigihla sistur pergi cuba makan kat restoran ni.
Harga menu untuk Ayam Penyet di restoran ni sama je macam kedai ayam penyet lain. Cuma dengan kuantiti yang tidak berapa banyak, bagi Dya harga tak sesuai dengan kuantiti yang dihidangkan.
Maksud Dya, menu yang Dya dapat masa order di restoran ni, Dya hanya dapat seco’et sayur & paling pelik dapat batang kangkung je?
Misi Makan Eps 02, Sedapke Ayam Penyet AP?
Untuk sambal pula, bagi Dya sambal dia sedap cuma kurang pedas. Tak banyak belacan macam kat tempat lain.
Sambal ayam penyet di restoran Dapur Penyet & Warung Pojok sambal dia banyak gila belacan! (Dya tak minat belacan)
Dan bahagian ayam pulak? Ok, serius cakap ayam dia best! Bukan ayam goreng garing. Tapi, ayam dia juicy, lembut & bila makan tu ko takdala tercekik weh. Hehe.
Dya puas hati dengan portion & kualiti ayam. 5 bintang untuk ayam! Haha.
Biasanya menu ayam penyet ni kita akan dapat tempe, sayur, timun, tauhu kan? Tapi, masa dah dapat makanan kat tangan, Dya kurang berpuas hati dengan portion keempat-empat tu.
Sikit & sadis sebab dapat batang sayur je? Hmm. mungkin pihak restoran Ayam Penyet AP boleh perbaiki kuantiti 4 bahan ni dalam menu ayam penyet.
Barulah balik rumah perut kenyang puas hati. Hehe. Tapi tang ayam memang thumbs up!
Sedap weh ayam dia.
Tengok tekstur ayam & sambal kat video di bawah okayh?
Baca Juga Review Ayam Penyet Warung Pojok Sunway