Lokasi Kuah Asam Laksa Paling Sedap Kat Melaka

Dya ni memang jenis suka makan asam laksa. Tapi, biasanya kalau singgah makan kat luar, Asam laksa hanya ada dijual kat food court. Jarang la jumpa asam laksa dijual kat restoran mana-mana.

Lokasi Kuah Asam Laksa Paling Sedap Kat Melaka

Tapi, dalam banyak-banyak tempat Dya cuba rasa, ada satu kedai kiosk kat Dataran Pahlawan, Melaka jual asam laksa sedap. Serius weh. Rasa dia memang perggh!

First time rasa asam laksa kat Melaka bila FarahDafri bawak merasa kat sana. Mula fikir ok why not kita cuba kan? Sebab dah bosan makan kat food court yang sama je selama ni.

Lokasi Kuah Asam Laksa Paling Sedap Kat Melaka

Kalini kita try kat tempat berlainan pula. Sekali suap, rasa dia memang terbaik. Ada rasa masam, manis & pedas. Tapi memang pakej lengkaplah dalam satu mangkuk tu.

Harga pun bagi Dya standard. Tak mahal sangat, tak murah sangat. Dan paling simple sekali, kiosk ni hanya ada 3 menu je kat tempat mereka. Asam laksa, fish ball laksa, rojak.

  • Asam laksa = RM6
  • 5 Fish ball laksa = RM4
  • Menu lain tak ingat harga. Haha!

Tiga tu je weh. Air pun ada dijual jugak. Tapi, biasanya Dya minum coolblog asamboi kat kiosk lain. Barulah padan dengan asam laksa. Ya Allah, sedap weh.

Tapi yang selalu orang rebutkan adalah menu asam laksa & fishball laksa. Kerusi selalu tak cukup sampai ada yang sanggup menunggu pelanggan habis makan semata nak merasa jugak menu asam laksa kat kiosk ni.

Lokasi Kuah Asam Laksa Paling Sedap Kat Melaka

Kat bawah Dya ada buat Vlog tentang kiosk dlaksa yang jual asam laksa paling sedap ni. Owh, berita baik untuk korang yang duk KL.

Katanya Dlaksa ada cawangan di My Town Shopping Mall. Jadi, kalau tak dapat ke Melaka, pergi ke My Town pulak lah.

Baca Juga Sate Tulang Senawang Sedap Weh!

 

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment