Sambal Sedap, Air Banyak. Ini Lokasi Nasi Kukus Senawang Paling Sedap

Bukan sekali dua Dya dan suami singgah makan kat kedai nasi kukus Senawang ni. Banyak kali ulang makan kat sini sebab sedap gilehh. Sambal dia memang terbaik sedap!

Biasanya menu yang jadi pilihan Dya adalah gabungan paru sambal dan ayam goreng.

Sebenarnya kelebihan nasi kukus Senawang ni terletak pada sambal dia. Cukup rasa manis dan pedas. Dan memang Dya jenis akan mintak sambal lebih.

Sambal Sedap, Air Banyak. Ini Lokasi Nasi Kukus Senawang Paling Sedap

Sebab satu sudu sambal tak cukup untuk Dya (hantu sambal). Hehe.

Si suami pula menu pilihan dia samada ayam goreng ataupun keli goreng. Kalau tang paru tu dia bukanlah penggemar paru.

Lainlah kalau Dya, hulur je paru goreng kat bini dia ni, gerenti habis licin. Sebab Dya memang minat paru goreng yang dipotong nipis. Rasa dia kenyal-kenyal & best. Hehe.

Kalau paru yang dipotong tebal Dya tak berapa suka sebab tak berapa sedap.

Kat Mana Lokasi Nasi Kukus Senawang?

Mmm..Macamana nak cakap ya. Tak setting maps pulak. Nama kedai makan ni Rose Lariz Kafe & Katering, terletak bersebelahan kedai servis kereta (OSK Service Centre).

Sambal Sedap, Air Banyak. Ini Lokasi Nasi Kukus Senawang Paling Sedap

Baca Juga Lokasi Sate Tulang Senawang 

Sambal Sedap, Air Banyak. Ini Lokasi Nasi Kukus Senawang Paling Sedap

Ye wak, kuantiti air dia banyak gila bagi saya. Saya akan order satu gelas teh o ais , kadang tu jus buah. Tu pun harga dia murah jer.

Serius kenyang gila & puas kalau makan kat sini

Ada sesetengah kedai makan, bagi air dalam cawan kecil. Kadang tu, tak cukup untuk saya yang tekak besar nih. Haha!

Sambal Sedap, Air Banyak. Ini Lokasi Nasi Kukus Senawang Paling Sedap

Nasi kukus kat senawang ni akan mencampurkan dua jenis kari pada nasi korang. Rasanya kari ikan & kari ayam kot?

Dya mintak penjual campur je kedua kari tu. Macam yang Dya dah bagitau tadi, sedapnya nasi kukus Senawang ni terletak pada sambal dia.

Memang lengkap terasa & puas bila makan kat sini. Total makan kat sini untuk dua orang = RM16 je. Menu yang kami ambil? :

  • nasi kukus + ayam + paru sambal + teh O ais
  • nasi kukus + ayam + tempe sambal + teh 0 ais

Harga standard lah. Tapi yang penting rasa dia tu cukup & memuaskan. Kat bawah ni ada sikit vlog masa makan kat kedai Nasi Kukus Senawang:

 

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment