Berbuka Puasa Makanan Laut Segar 2018 Kat 5 Stars Resort Cyberview

Tiap kali makan kat Cyberview tak pernah mengecewakan. Malah sebenarnya tempat ni paling Dya tunggu tiap tahun sebenarnya. Haha!

Berbuka Puasa Makanan Laut Segar 2018 Kat 5 Stars Resort Cyberview

Best makan berbuka puasa kat resort cyberview ni. Sebab ada banyak makanan laut segar & masakan ni sama macam yang Dya makan kat Sabah.

Dulu masa masih stay kat Sabah, Dya suka makan seafood kat sana. Especially kat Restoran Gayang. Sebab menu kat sana sedap.

Antara masakan kegemaran Dya, udang butter kering, udang butter cream, udang telur masin, ketam kam hiong, udang pouch.

Alah, kalau kat Sabah, semua menu yang Dya suka tu senang gila nak dapat. Diorang masak pun sedap. Bila dah pindah Semenanjung, Dya akan blur sebab tak banyak kedai jual seafood fresh.

Mahal tu dah tentu. Tapi bab fresh tu. Mmm, biasanya kat restoran sekitar Semenanjung guna bahan yang dah disejuk beku je. Diorang jarang ada stok udang,ikan,seafood yang masih hidup untuk dimasak.

Sampailah bila Dya tau rupanya kat Cyberview Resort Spa ni boleh masak menu yang ikut selera tekak Dya ni.

Makanan semua segar & paling penting chef punya masakan tu sedap!

Menu Iftar Ramadhan 2018 Cyberview

Ada 34 stesen makanan berbuka puasa kat Cyberview Resort ni. Tapi, Dya takda lah makan semua menu. Cuma makan apa yang Dya betul-betul suka sahaja. Antaranya:

  1. Udang pouch
  2. Udang telur masin
  3. Sayur chinese style
  4. Patin masak tempoyak
  5. Kerabu
  6. Aiskrim teh tarik
Menu Iftar Ramadhan 2018 Cyberview

Aneka kerabu, kambing golek nasi beriani sotong bakar, udang telur masin, udang pouch, sayuran, kupang, udang fresh

Tu jer sebab kenyang sangat dah walaupun makan 6 menu ni saja. Hehe. Tapi, kalau korang nak rasa menu berlainan boleh cuba:

Aneka kerabu, aneka ulaman, aneka jeruk buah, dessert (aku suka kek lapis. Sedap!),  kuih tradisi Melayu, kuih raya,  masakan BBQ (kambing, ayam,daging bakar), 5 jenis laksa, teppanyaki & okonomiyaki (masakan korea),  ramen & soba, sushi & sashimi, oyster, udang & ketam segar, seafood bakar, kambing golek + nasi beriani, pisang goreng, keledek, jemput pisang, jemput jagung, churos, asam pedas & masak tempoyak, aneka sup, nasi kukus dan crispy durian rolls. 

Banyak sangat menu yang ada masa nak berbuka puasa nanti. Korang tengok teruslah kat video bawah ni. Dya bawak jalan sekitar Restoran Verandah, Cyberview:

Menu yang dari dulu aku suka ikan patin masak tempoyak. Makan bertambah sampai dua kali. Hehe. Pisang goreng kat sini pun sedap. Rangup & isi pisang banyak. Terasa la macam ko makan pisang goreng. Hehe.

Berbuka Puasa Makanan Laut Segar 2018 Kat 5 Stars Resort Cyberview

Patin masak tempoyak, pisang goreng rangup, kopi

Harga Promosi Iftar Buffet Ramadhan Cyberview

Mungkin ada sesetengah orang yang akan rasa harga berbuka puasa agak “pricey” kat sini. Tapi, bagi Dya harga yang ditawarkan setanding dengan kualiti makanan yang disediakan untuk resort bertaraf 5 bintang ni.

Ye lah, banyak masakan segar & paling penting terus masak seafood yang masih hidup lagi. Kalau kat pasar, harga udang, ikan,ayam, daging sangat mahal.

Seketul udang je pun lebih kurang RM1 – RM2. Saiz pun tak besar macam kat Cyberview. Sebab tu Dya rasa harga kat sini berbaloi berbanding kita pergi beli bahan mentah sendiri kat luar.

Paling penting sedap! Korang nak makan banyak mana pun, makanlah puas-puas. Hihi.

Yang penting, mereka yang berbuka puasa kat sini akan balik dengan perut puas hati. Sebab semua makanan segar & sedap.

HARGA PROMOSI UNTUK YANG TERAWAL

Harga asal: RM149 seorang (dewasa), RM77 seorang (kanak-kanak), RM100 seorang (warga emas)

Harga Promosi: RM120 seorang (dewasa), RM60 seorang (kanak-kanak)

Untuk tempahan sila hubungi 03-83127042/7041

Emel : catering@cyberviewresort.com

Untuk Big Boss syarikat-syarikat yang ingin berbuka puasa bersama pekerja, ataupun sesiapa saja yang bawa rombongan seramai 150 orang ke atas, akan dapat EXTRA hadiah untuk 2 orang, yang mana mereka akan dapat menikmati pemandangan matahari terbenam dari belon udara panas.

Ruang Makan Luas & Selesa

Dekorasi resort Cyberview sangat selesa & luas. Boleh makan dengan tenang walaupun ramai gila orang berbuka puasa nanti.

Tempat makan berbuka puasa cyberview

kawasan berbuka puasa cyberview

tempat berbuka puasa cyberview

Tiap tahun memang Cyberview Resort & Spa jadi pilihan saya jika nak berbuka puasa. Sebab menu yang ada sangat sedap & chef pandai masak ikut selera tekak cerewet saya ni. Hehe.

Antara pilihan makanan di Cyberview nanti:

kambing golek menu ramadhan cyberview

kambing golek

japanese counter cyberview

Japanese counter

menu makanan laut berbuka puasa cyberview

oyster segar cyberview resort

Oyster

makanan japanese kaunter cyberview

tuna dan salmon

makanan laut segar berbuka puasa

kupang

menu makanan berbuka cyberview

aneka kerabu

aneka laksa cyberview

aneka laksa

aneka dessert berbuka puasa cyberview

dessert berbuka puasa cyberview

dessert berbuka puasa cyberview resort

kek batik cyberview resort

kuih berbuka cyberview

aneka sambal berbuka puasa

aneka sambal

stesen asam pedas dan tempoyak

stesen asam pedas dan tempoyak

stesen makan berbuka puasa cyberview resort



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment