Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi Sedap

Ni pertama kali Dya merasa buffet ramadhan kat Hotel RHR @ Uniten kat Bangi. Hotel RHR dekat dengan korang yang tinggal sekitar Putrajaya, Kajang, Bangi dan Sepang.

Hujan lebat harini dan rasanya kawasan parking pun agak terhad. Sebenarnya masa nak ke Hotel RHR ni, perut dah kekenyangan sebab ada review makan kat atas kapal Cruise Putrajaya petang tadi.

Kat cruise makan dah kenyang dah. Ingatkan bila sampai kat hotel RHR Uniten ni dah bolehla surrender kan? Haha. Berangan jela.

Takkan mampu nak tolak bila lauk berbuka puasa kat hotel ni semua nampak menyelerakan weh!

Sampai je kat hotel, cari tempat duduk. Kemudian tengok keadaan persekitaran Jupiter Coffee House.

Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi Sedap

Jupiter coffee house. Ada banyak stesen makanan. Ni salah satu.

Kat Jupiter Coffee House boleh muat 500 hingga 700 orang untuk berbuka puasa dalam satu masa.

Meja makanan ni bersebelahan je dengan stesen makanan kat luar. Jadi, senang nak ulang alik ambil makanan kat luar. Hehe.

Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi Sedap

Kawasan makan tanpa penghawa dingin. Dekat dengan stesen makanan

Dya sarankan duduk dekat dengan tempat makan. Sebab ibu mengandung macam Dya cepat mengah kalau nak bangun duduk ambik makanan.

Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi Sedap

Sebelum pilih nak makan kat sini, Dya ronda-ronda dari hujung ke hujung. Nak tengok lauk apa yang best kat situ. Sebab bila kita makan buffet ni, tak bolehla nak makan semua. Memang kembong perut kekenyangan terlebih nanti.

Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi Sedap

Ada kerabu obor-obor, kerabu taugeh, kerabu mangga, aneka sambal

Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi Sedap

Serunding ni best makan dengan nasi putih!

Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi Sedap

Ayam kandar, masak lemak telur itik, aneka sambal, pasemah daging

Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi Sedap

Aneka kuih muih

Jadi, ronda dulu menu apa yang best dan tentukan nak yang mana. First round Dya ambil lauk macam kat gambar bawah & serawa durian:

Lauk Kampung Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi

Serunding 3 jenis, sayur pucuk paku, ayam kandar, pasemah daging pilihan Dya

Benda first Dya rasa serawa durian dia. Pehh, sedap gila. Pekat, manis lemak dia memang sedap. Tapi tak boleh nak makan banyak sebab ada banyak lagi menu lain nak dirasa jap lagi.

Serawa durian Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi

Serawa durian cicah roti. Kuah dia sedap gila

Ikutkan 2 menu ni saja dah kenyang. Sebab yelah, dah makan sepinggan kat Putrajaya tadi kan? Rupanya perut ni boleh sumbat lagi makanan! Haha. Maaflah, bila dalam perut ada isi ni selera lain macam sikit. Dah makan pun rasa macam tak makan apa-apa lagi.

Habis je hidangan pertama, Dya gerak lagi ke tempat makan dan angkut pulak sepinggan kerang bakar & aiskrim coklat. Setekat ni, rasa kerang bakar kat sini kira sedap lah. Bukan jenis kerang lama yang dimasak.

Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi Sedap

Kerang Bakar

Sebab kebiasaannya, bila Dya makan di kedai makan biasa, jarang-jarang dapat masakan kerang yang baru. Rasa dia lain, kita boleh beza antara kerang baru dan kerang lama.

Sampai je kat meja makan, terus mintak suami ambil sepinggan kambing bakar dan bubur lambuk. Tak larat nak bangun lagi ambik makanan. Mengah! Kambing bakar dia dagingnya best sebab juicy, lembut dan mudah dimakan. Cuma bubur lambuk saja kurang rasa sedikit.

Kambing Bakar Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi

Kambing Bakar lembut dan kuah black pepper rasa dia seimbang

Banyak lagi menu bufet ramadhan 2018 yang ada kat Hotel RHR Uniten Bangi. Ada lebih 200 pilihan makanan kat 21 buah gerai kat sini. Tapi, rasanya cukuplah menu yang Dya dah rasa. Padat sangat karang susah. Hehe.

Antara menu bufet Ramadhan Hotel RHR:

  • Nasi beriani roket (menu istimewa setiap tahun)
  • Laksa buyung
  • Mee ketam
  • Masak lemak telur itik
  • Serawa durian
  • Roti awang sup GEARBOX (menu special tahun ni)
  • Bubur lambuk
  • Kambing panggang
  • Kambing & daging gulai kawah
  • Aneka kerabu
  • 3 Jenis serunding (ikan,daging,ayam)
  • Aneka sambal (budu,cencalok,belacan,dll)
  • Sate
  • Goreng pisang, keropok lekor
  • Kuih muih

Harga Promosi Buffet Ramadhan Hotel RHR @ Uniten Bangi

Harga yang ditawarkan pun berpatutan. Kalau tempah lagi awal lagi murah. RM 69 untuk dewasa, RM35 untuk kanak-kanak. Warga emas pulak akan dapat diskaun 30%.

Korang boleh rujuk kat gambar bawah:

Pakej promosi buffet ramadhan 2018 bangi

Pakej promosi buffet ramadhan 2018

 

Cara Nak Tempah Awal Promosi Buffet Ramadhan Uniten Bangi?

Ada baiknya tempah makanan seawal mungkin sebab harga kira berpatutan jugak kan? Sekali sekala makan kat sini bawak family memang best.

Takdala bosan asyik beli makanan kat bazar, masak lauk yang sama tiap hari. Dya boleh bayangkan suasana happy makan beramai-ramai, muka pun ada cahaya sebab kenyang & puas nanti. Hihi.

Korang kena cepat-cepat buat tempahan denganĀ Call terus 03- 8922 2088 samb (8036/8013) ataupun boleh je emel ke dahlia@rhrhotel.com

Pendapat Keseluruhan Makan Buffet Semarak Ramadhan Kat Hotel RHR Bangi?

Sedap. Puas hati. Kenyang.

CARIAN BERKAITAN:

  • tempat makan best di bangi
  • pakej promosi berbuka bangi
  • buffet ramadhan murah dan sedap bangi



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

2 Comments

  1. shahirah May 7, 2018
    • dhiavivadea May 7, 2018

Add Comment