Resepi Simple Cendawan Tiram Masak Sos Tiram

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Kak Mai suka masak cendawan masak sos tiram. Resepi campak-campak terus jadi.

Sedap sebenarnya masakan berasaskan sos tiram ni.

Kadang kita tak perlu dah tambah apa-apa perasa. Cukup tambah garam sikit dah sedap.

Jom masak

cendawan tiram sos tiram
cendawan masak tiram

Cendawan Masak Sos Tiram Sedap

Bahan-bahannya:

  • 1 peket cendawan tiram
  • bawang putih | diketuk
  • bawang besar | dihiris
  • 2 sb sos tiram
  • sedikit lada putih
  • garam secukupnya
  • 2 sb bancuhan air tepung jagung
  • 5-6 ketul udang
  • sedikit kacang buncis | potong panjang

Cara Masak:

  1. Panaskan 2 sb minyak di dalam kuali
  2. Tumis bwang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air sebagai kuah
  4. Masukkan udang. Masak hingga udang bertukar warna.
  5. Kemudian masukkan sos tiram, garam dan lada putih secukupnya. Gaul rata.
  6. Masukkan cendawan tiram dan kacang buncis. Gaul rata.
  7. Jika kuah rasa kurang, boleh tambah air dan sekatakan rasa dengan sos tiram, garam.
  8. Untuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung. Gaul rata.
  9. Masak hingga kuah pekat
  10. dah boleh angkat untuk dihidang.

Senang je masak resepi ni. Campak-campak je dah siap.

Kak Mai kalau nak kejar masa, masak campak-campak terus jadi.

Boleh cuba untuk menu berbuka nanti.

Selamat berbuka.

Lepasni jom cuba masak Botok Pucuk Ubi

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi cendawan
  • cendawan tiram masak sos tiram
  • aneka resepi cendawan

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment