Resep Botok Daun Ubi Imbau Kenangan Zaman Dulu

Dya dapat resepi botok daun ubi ni dari teman Indonesia. Mak mertua cakap teringat masa zaman kecil dulu.

Sebab masa kecik, embah (mak kepada mak mertua) selalu masak botok ubi.

botok daun ubi sedap
Hasil selepas dikukus

Sebenarnya yang Dya dapat tau, ada banyak jenis botok.

Botok ikan, botok ayam, botok sayuran, etc.

Ni first time Dya cuba masak botok pucuk ubi. MashaAllah, sedap sangat!

Jom masak.

Resepi Zaman Dulu, Botok Daun Ubi

botok ubi
Rupa botok sebelum dikukus

Bahan-bahannya:

  • 1 genggam Pucuk Ubi
  • 10 tangkai cili padi | ditumbuk halus**
  • 1 biji bawang merah | ditumbuk**
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk**
  • Ketumbar | ditumbuk halus**
  • 1 genggam kelapa parut
  • 2 keping tempe | dihiris
  • 2 ketul tauhu | dihiris
  • Daun cekur | dihiris
  • 1 biji telur
  • 2 Helai daun limau purut | dihiris
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit | sebagai pewarna
  • sedikit ikan bilis | dalam 1 sb

Cara buat botok pucuk ubi:

  1. Rebus pucuk ubi di dalam periuk berisi air. Masukkan secubit garam juga
  2. Masak sehingga lembut
  3. Angkat dan tos kemudian racik atau potong kecil
  4. Tumbuk halus cili padi, bawang merah, bawang putih dan ketumbar.
  5. Campurkan bahan tumbuk tadi bersama kelapa parut, pucuk ubi yg dah siap rebus, daun cekur, daun limau purut dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  6. Kemudian pecahan telur dan campur sekali ke dalam gaulan tersebut. Gaul rata.
  7. Masukkan juga tempe, tauhu , ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
  8. Step seterusnya, potong daun pisang menjadi bentuk segi empat tepat, ambil adunan yang digaul rata tadi dan masukkan dalam daun pisang tersebut.
  9. Atasnya boleh letak sebatang cili ataupun hirisan tomato
  10. Tutup rapat daun pisang dan ikat guna lidi
  11. Kukus botok ubi sehingga masak
  12. Siap!

Siap je botok ubi ni, terus ngap! Sedap!

Nak buat pun senang sangat. Bolehla buat menu untuk berbuka nanti.

Sambil tu, mungkin ada yang nak cuba masak Sayur Bendi Goreng Belacan?

CARIAN BERKAITAN:

  • Resep botok daun ubi
  • botok ubi
  • resepi botok ubi sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment